Cuaca panas: Sudah ada langkah keselamatan bagi kakitangan SAF, Home Team
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Langkah-langkah sudahpun dilaksanakan bagi memastikan keselamatan kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team. Namun, kedua-duanya siap untuk membuat penyesuaian kepada proses latihan dan operasi di tengah-tengah keadaan fenomena cuaca panas berterusan.
Singapura sedang berdepan cuaca panas pada separuh pertama bulan Mei, dengan suhu meningkat sehingga 37 darjah Celsius Sabtu lalu (13 Mei) - menyamai rekod yang dicatatkan 40 tahun lalu, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Meskipun lebih banyak hujan dan suhu lebih rendah boleh dijangkakan bagi separuh kedua bulan Mei, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyatakan pada Khamis bahawa SAF sedar bahawa suhu yang kian meningkat mungkin memerlukan langkah-langkah tambahan bagi mengurangkan risiko kecederaan haba apabila anggota tentera berlatih dan menjalankan operasi.
"Tumpuan khusus diberikan bagi kemungkinan kecederaan haba menjejas seluruh SAF, dengan laporan harian diperlukan bagi semua unit," jelas MINDEF.
SAF sudahpun melaksanakan beberapa langkah keselamatan termasuk rejim hidrasi dan pengambilan campuran ais.
Semua askar yang mengikuti Latihan Tentera Asas (BMT) atau apabila mereka menyertai kursus khusus dan menjalankan operasi dikehendaki menjalani prosedur penyesuaian diri dengan haba.
Para komander juga diberikan kelonggaran untuk merubah pakaian dan muatan bagi kegiatan berat dan menyesuaikan jadual latihan bagi mengurangkan lagi risiko kecederaan haba.
Kedua-dua MINDEF dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menambah ia akan terus memantau suhu harian dan menyesuaikan langkah-langkah bagi memastikan latihan dijalankan dalam keadaan selamat.
LEBIH BANYAK MASA REHAT UNTUK MINUM AIR
Seperti SAF, beberapa jabatan Home Team di bawah Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mempunyai langkah-langkah bagi melindungi kakitangan mereka daripada terkena strok haba.
Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), Akademi Home Team (HTA), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan SCDF juga memastikan pegawai mereka mengekalkan hidrasi dengan memastikan mereka minum air secukupnya.
Sebelum berkhidmat di barisan depan, pegawai SCDF menjalani latihan penyesuaian diri dengan haba sebagai sebahagian daripada latihan mereka di Akademi Pertahanan Awam (CDA).
Di tengah-tengah cuaca panas terik, CDA juga memperbanyakkan masa rehat untuk minum air semasa latihan, manakala jurulatih dan pelatih diingatkan untuk meneliti tanda-tanda kecederaan haba.
Apabila menjalankan operasi, anggota bomba juga diberi masa untuk memastikan mereka mendapat rehat secukupnya dan mengekalkan tahap hidrasi.
HTA menambah pelatihnya, termasuk dari SPF, SPS dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) diberi lebih banyak masa rehat semasa latihan supaya mereka boleh minum air dengan cukup.
PAKAIAN SERAGAM LEBIH BAIK
SAF juga akur bahawa ia perlu mengambil pendekatan berlandaskan sains bagi meningkatkan daya tahan terhadap haba, dengan suhu global dijangka terus meningkat.
Pada Januari, SAF dengan kerjasama Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Makmal Nasional DSO, membangunkan Pusat Daya Tahan dan Prestasi Haba bagi "menangani cabaran jangka panjang di tengah-tengah suhu global yang meningkat".
SCDF juga secara beransur-ansur sudah melengkapkan anggota bomba dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang baru untuk melawan kebakaran, termasuk beberapa peningkatan, seperti fabrik telap udara dan pakaian luaran dengan tekstur ringan.
Sut baru itu menyediakan perlindungan lebih baik dari haba melampau dan keadaan sekitaran.
SPF pula memperkenalkan seragam operasi yang baru pada 2018, diperbuat daripada fabrik yang mudah kering dan serap kelembapan dengan lebih berkesan.
SPS menyatakan pakaian seragam pegawainya diperbuat daripada "bahan yang sejuk dan telap udara", yang membantu mengurangkan haba.
Garis panduan seperti jadual kerja dan rehat juga sudah dilaksanakan kedua-dua SAF dan Home Team, yang mana latihan tidak dijalankan di bawah matahari terik.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.