Skip to main content

Singapura

Cuaca panas & lembab pada separuh pertama Mei, suhu mungkin cecah 35°C pada beberapa hari

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Cuaca panas dan lembab dijangka berterusan pada separuh pertama Mei, dan hujan serta guruh diramalkan pada sebelah petang pada kebanyakan hari.

Suhu harian diramal mencecah sehingga 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari pada sebelah petang dalam tempoh tersebut, dan 35 darjah Celsius pada beberapa hari.

Demikian menurut kemas kini cuaca oleh Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Selasa (2 Mei).

Hujan lebat serta guruh yang singkat dijangkakan di merata Singapura pada sebelah petang pada kebanyakan hari disebabkan suhu amat panas di kawasan darat pada siang hari, menurut MSS.

Pertukaran sementara pada angin yang ditiup dari barat daya pada minggu pertama dalam tempoh dua minggu pertama mungkin menyebabkan hujan serta guruh dan angin kencang pada awal dan lewat pagi pada beberapa hari.

Secara keseluruhan, purata curahan hujan diramalkan di merata Singapura buat dua minggu pertama bulan Mei.

Dalam tinjauannya mengenai keadaan cuaca pada April, agensi cuaca itu menyatakan bahawa suhu maksimum harian melebihi 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari, suhu 35 darjah Celsius atau lebih dicatat pada sembilan hari.

Suhu harian tertinggi 36.1 darjah Celsius dicatat di Woodlands pada 14 April.

Hujan serta guruh berlaku pada kebanyakan hari pada sebelah petang, curahan hujan harian tertinggi sebanyak 112.1 milimeter dicatat di Jurong West pada 20 April. Kebanyakan kawasan di Singapura mencatat curahan hujan di bawah purata bulan lalu.

Maklumat lanjut mengenai ramalan cuaca disediakan di laman MSS atau Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA). Orang awam juga boleh memuat turun dan menggunakan aplikasi telefon bimbit myENV.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita