Skip to main content

Singapura

Cuaca panas, lebih banyak hujan dijangkakan pada separuh pertama Mei

Cuaca panas sepanjang April dijangka berterusan sehingga separuh pertama bulan Mei, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Khamis (30 Apr) mengenai ramalan cuaca. 

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca panas, lebih banyak hujan dijangkakan pada separuh pertama Mei

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 30 Apr 2020 11:02PM Dikemas Kini : 30 Apr 2020 11:03PM

SINGAPURA: Cuaca panas sepanjang April dijangka berterusan sehingga separuh pertama bulan Mei, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Khamis (30 Apr) mengenai ramalan cuaca.

Ia menambah sepanjang tempoh itu suhu boleh mencecah sehingga 35 darjah Selsius pada hari-hari tertentu.

Hujan sekejap berserta guruh dan kilat boleh dijangkakan antara lewat pagi dengan petang pada kebanyakan hari. Hujan boleh berlarutan sehingga lewat petang pada satu atau hari semasa tempoh berkenaan.

"Ini disebabkan oleh pemanasan yang amat tinggi pada waktu siang dan pertembungan angin di Singapura serta kawasan sekitarnya," jelas MSS.

Secara keseluruhannya, jumlah hujan pada dua minggu pertama Mei dijangka melebihi paras normal di kebanyakan bahagian Singapura.

April merupakan bulan yang panas di Singapura dengan suhu harian paling tinggi mencapai 34 darjah Selsius pada kebanyakan hari dan mencecah 35 darjah Selsius buat 15 hari.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita