Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca panas & kering diramalkan bagi 2 minggu pertama Julai

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca panas & kering diramalkan bagi 2 minggu pertama Julai

Seorang wanita membawa payung semasa cuaca panas di Singapura (Gambar fail: Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Cuaca lebih panas dan kering diramalkan bagi dua minggu pertama bulan Julai, dengan suhu maksimum harian berkemungkinan antara 33 dengan 34 darjah Selsius pada kebanyakan hari.

Suhu maksimum harian dijangka mencecah paras tertinggi kira-kira 35 darjah Selsius pada beberapa hari, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (Met Service) pada Jumaat (1 Jul).

Mungkin juga terdapat beberapa malam dengan suhu kira-kira 28 darjah Selsius.

Monsun Barat Daya dijangka berterusan di Singapura dan kawasan di sekitar rantau ini dalam masa dua minggu akan datang, dengan angin bertiup dari tenggara atau barat daya.

Pada minggu pertama Julai, Singapura dan kawasan di sekitar rantau ini mungkin mengalami keadaan kering dan panas yang disebabkan oleh udara kering yang bergerak ke arah timur dari Lautan Hindi ke rantau Asia Tenggara di khatulistiwa.

Pada minggu kedua pula, hujan lebat berserta guruh yang singkat diramalkan antara lewat pagi dan petang di beberapa kawasan di Singapura pada beberapa hari.

Hujan berserta guruh lebih meluas boleh dijangkakan pada satu atau dua hari dan boleh berlarutan sehingga ke awal petang.

Hujan berserta guruh dengan angin kencang sekali-sekala boleh dijangkakan pada waktu sebelum subuh dan sebelah pagi pada satu atau dua hari.

CUACA PANAS DIRAMALKAN BAGI KEBANYAKAN HARI

Cuaca panas diramalkan pada kebanyakan hari pada separuh pertama bulan Julai dengan suhu harian antara 25 hingga 34 darjah Selsius.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan