Skip to main content

Singapura

Cuaca panas di S'pura fenomena semula jadi; tiada kaitan dengan gelombang haba Eropah

Cuaca panas dan kering yang sedang dialami negara ini sekarang tiada kaitan dengan fenomena gelombang haba yang berlaku di Eropah. Demikian menurut pakar-pakar cuaca dan iklim yang ditemui Mediacorp.

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca panas di S'pura fenomena semula jadi; tiada kaitan dengan gelombang haba Eropah

Gambar hiasan. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 17 Aug 2018 03:39PM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 03:46PM

SINGAPURA: Cuaca panas dan kering yang sedang dialami negara ini sekarang tiada kaitan dengan fenomena gelombang haba yang berlaku di Eropah. Demikian menurut pakar-pakar cuaca dan iklim yang ditemui Mediacorp.

Keadaan panas dan kering sekarang di Singapura dijangka reda dalam masa dua minggu akan datang.

Keadaan cuaca panas di Singapura sekarang adalah satu fenomena semula jadi yang sering berlaku di kawasan tropika, perubahan giliran antara musim kering dengan hujan.

Namun, ini tidak pula bermakna Singapura bebas daripada gejala gelombang haba.

Para pakar memberi amaran apabila iklim berubah tempoh terjadinya cuaca panas dan kering akan menjadi lebih kerap.

"Apabila dunia secara keseluruhannya menjadi lebih panas, suhu akan naik lebih sering dan menyebabkan gelombang haba akan terjadi lebih kerap dan lebih hebat," jelas Profesor Madya Koh Tieh Yong, seorang saintis atmosfera di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Dalam menghadapi keadaan cuaca panas sekarang, para penganjur acara mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan para hadirin berasa selesa. Ini termasuk menambah jumlah kipas angin dan kemah yang tahan panas.

Di pihak Lembaga Taman Negara pula, sejak beberapa tahun lalu, ia menanam lebih banyak pokok yang tidak memerlukan banyak air.

Oleh itu, ia tidak perlu menambah kekerapan menyiram air untuk pokok-pokok dalam keadaan cuaca panas dan kering sekarang. 

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita