Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca lebih kering, kurang hujan diramal hingga hujung Feb

Semasa separuh kedua Februari, suhu harian diramalkan antara 24 hingga 33 darjah Celsius dan 33 darjah Celsius pada kebanyakan hari. Suhu boleh mencecah sekitar 34 darjah Celsius pada hari-hari yang tidak hujan atau kurang hujan.

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca lebih kering, kurang hujan diramal hingga hujung Feb

Gambar fail orang ramai berjalan dengan payung di Singapura pada 22 November 2022. (Gambar: Hanidah Amin/CNA)

SINGAPURA: Cuaca separuh kedua Februari diramal lebih kering berbanding dua minggu pertama bulan ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (Met Service) pada Khamis (16 Feb).

Semasa separuh kedua Februari, suhu harian diramalkan antara 24 hingga 33 darjah Celsius dan 33 darjah Celsius pada kebanyakan hari. Suhu boleh mencecah sekitar 34 darjah Celsius pada hari-hari yang tidak hujan atau kurang hujan.

Jisim udara kering mungkin membawa "keadaan agak berangin sekali-sekala" pada sesetengah hari, menurut Met Service.

"Hujan berserta guruh jangka pendek yang lebih tertumpu, dek pertembungan angin semasa dengan bayu laut, masih boleh dijangkakan pada sebelah petang di merata negara pada sesetengah hari."

Curahan hujan hampir paras purata diramalkan pada separuh kedua Februari dan jumlah keseluruhan curahan hujan untuk bulan ini diramal akan melebihi paras purata di kebanyakan bahagian negara.

Keadaan monsun timur laut semasa yang berlaku sekarang ini diramal berterusan hingga dua minggu akhir bulan ini, dengan angin tahap rendah bertiupan kebanyakannya dari arah timur laut atau barat laut.

SEPARUH PERTAMA FEBRUARI

Dalam dua minggu pertama Februari, Singapura menerima "curahan hujan melebihi paras purata" di serata negara, menurut Met Service.

Kejanggalan curahan hujan tertinggi sebanyak 308 peratus atas paras purata dicatatkan di Sentosa, manakala anomali terendah - 51 peratus melebihi paras purata - pula sekitar kawasan Mandai.

Hujan petir berlaku di merata negara pada sebelah petang dan malam pada kebanyakan hari.

Pada petang 12 Februari, pertembungan angin berskala besar di Singapura dan kawasan sekitarnya membawa kepada hujan peitr sederhana hingga lebat di kebanyakan bahagian negara. Hujan terutamanya turun dengan lebat di bahagian utara dan barat Singapura.

Jumlah curahan hujan keseluruhan sebanyak 108.1 milimeter, dicatatkan di Woodlands, adalah paras yang tertinggi direkodkan dalam separuh pertama bulan ini.

Met Service menarik perhatian cuaca pada bulan Februari sejauh ini "agak dingin", dengan satu-satunya hari apabila suhu maksimum harian melepasi 34 darjah Celsius adalah pada 10 Februari, di mana suhu 34.2 darjah Celcius dicatatkan di Ang Mo Kio.

Suhu minimun harian pula dalam lingkungan sekitar 23 darjah Celsius pada kebanyakan hari, dengan suhu minimum terendah 21.3 darjah Celsius dicatatkan di Jurong pada 15 Februari.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan