Skip to main content

Singapura

Cuaca kering, panas diramal mula reda dari pertengahan Ogos

Pada separuh kedua bulan Ogos, suhu harian dijangka antara 25 dengan 33 darjah Selsius pada kebanyakan hari, menurut Jabatan Kaji Cuaca.

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca kering, panas diramal mula reda dari pertengahan Ogos

Gambar fail. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 09:11PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 09:14PM

SINGAPURA: Cuaca kering dan panas yang dialami sejak beberapa hari kebelakangan ini dijangka semakin reda kerana hujan diramal lebih kerap pada separuh kedua bulan Ogos. Ini menurut Jabatan Kaji Cuaca (MSS) pada hari Khamis (16 Ogos).

Pada separuh kedua bulan Ogos, suhu harian dijangka antara 25 dengan 33 darjah Selsius pada kebanyakan hari, menurut Jabatan Kaji Cuaca.

Bagaimanapun, pada hari-hari dengan hujan gerimis atau tidak hujan sama sekali, suhu harian boleh mencecah sekitar 34 darjah Selsius, tambahnya.

Bagi dua minggu akan datang, hujan lebat berserta guruh boleh dijangkakan pada lima hingga tujuh hari, terutamanya pada sebelah lewat pagi dan tengah hari.

Selain itu, hujan lebat berserta guruh dan angin kencang boleh dijangkakan di banyak kawasan pada sebelah pagi pada dua atau tiga hari.

Dua minggu pertama bulan Ogos biasanya kering, dengan hujan di bawah paras normal, menurut MSS. Hanya 4 milimeter hujan di Choa Chu Kang West, iaitu 96 peratus di bawah paras purata.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita