Skip to main content

Singapura

Cuaca kering, panas dijangkakan pada separuh pertama Mac

Cuaca panas dan kering dijangkakan pada kebanyakan hari dalam dua minggu pertama Mac, menurut Jabatan Kaji Cuaca (MSS) pada Jumaat (28 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca kering, panas dijangkakan pada separuh pertama Mac

(Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 28 Feb 2020 10:13PM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 10:16PM

SINGAPURA: Cuaca panas dan kering dijangkakan pada kebanyakan hari dalam dua minggu pertama Mac, menurut Jabatan Kaji Cuaca (MSS) pada Jumaat (28 Feb).

Mulai minggu kedua bulan Mac hujan lebat boleh dijangkakan terutamanya pada sebelah petang di beberapa kawasan di Singapura, menurut MSS.

"Hujan mungkin turun lebih lebat untuk beberapa hari apabila angin bertiup kuat ke arah Singapura dan kawasan sekeliling," tambahnya.

MSS menyatakan bahawa paras air hujan secara keseluruhan bagi dua minggu pertama Mac dijangka di "bawah paras biasa" di kebanyakan kawasan di Singapura.

Suhu harian pada tempoh ini dijangka antara 24°C dengan 34°C pada kebanyakan hari, dengan suhu setinggi 35 °C pada beberapa hari bergantung pada arah tiupan angin dan pergerakan awan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita