Skip to main content

Singapura

Cuaca kering, dijangka semasa Tahun Baru Cina

Cuaca cerah dan panas dijangkakan sepanjang tempoh cuti umum Tahun Baru Cina, dengan suhu antara 24 darjah Selsius dengan 34 darjah Selsius, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura pada Jumaat (1 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca kering, dijangka semasa Tahun Baru Cina

(Gambar hiasan: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 01 Feb 2019 10:40PM Dikemas Kini : 01 Feb 2019 10:42PM

SINGAPURA: Cuaca cerah dan panas dijangkakan sepanjang tempoh cuti umum Tahun Baru Cina, dengan suhu antara 24 darjah Selsius dengan 34 darjah Selsius, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura pada Jumaat (1 Feb).

Menurut Jabatan Kaji itu lagi, cuaca kering dan panas yang dialami pada lewat Januari dijangka berterusan pada dua minggu pertama Februari.

Bagaimanapun, hujan lebat singkat di kawasan Singapura masih lagi boleh dijangkakan pada waktu tengah hari pada empat hingga enam hari semasa tempoh ini.

"Jumlah hujan lebat bagi dua minggu pertama Februari 2019 dijangka pada pada paras normal," tambahnya.

Suhu harian diramalkan antara 24 darjah Selsius hingga 33 darjah Selsius pada kebanyakan hari, walaupun ia mungkin meningkat kepada sekitar 34 darjah Selsius pada hari-hari di mana tiada hujan langsung atau sedikit.

"Berdasarkan iklim, Februari adalah bulan paling kering," menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita