Cuaca kering dijangka pada minggu pertama Disember; hujan kembali pada minggu kedua
Dalam tempoh dua minggu akan datang, suhu maksimum harian dijangka meliputi 32 darjah Celcius hingga 34 darjah Celcius pada kebanyakan hari, dan mungkin melebihi sedikit 34 darjah Celcius pada beberapa hari, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura.
(Gambar: iStock)
Menurut MSS, hujan berserta guruh secara sederhana hingga lebat dijangka melanda beberapa bahagian Singapura, kebanyakannya pada sebelah petang minggu kedua Disember. Keadaan hujan juga mungkin berlarutan hingga malam pada beberapa hari, tambahnya.
Ini disebabkan keadaan monsun timur laut sekarang ini, yang akan berterusan bagi dua minggu pertama bulan ini, dengan angin bertiup terutamanya dari arah barat laut atau timur laut. Udara sejuk bergerak di atas Laut China Selatan dari Asia Utara ke kawasan tropika. Apabila ia menjadi panas dan memperoleh kelembapan, ia menyebabkan lebih banyak hujan di Singapura.
Dalam tempoh dua minggu akan datang, suhu maksimum harian dijangka meliputi 32 darjah Celcius hingga 34 darjah Celcius pada kebanyakan hari, dan mungkin melebihi sedikit 34 darjah Celcius pada beberapa hari, kata MSS.
Berbanding dua minggu terakhir bulan November, yang merupakan antara tempoh paling banyak hujan dicatatkan pada kebanyakan hari. Kejiranan di Admiralty dan Pasir Ris mencatatkan hujan kira-kira 185 peratus melebihi purata.
Pada 22 Nov, hujan lebat yang melanda banyak bahagian Singapura, mencetuskan dua banjir kilat di utara. Woodlands menerima 137.2mm hujan pada hari itu - jumlah hujan paling banyak direkodkan dalam satu-satu hari pada dua minggu terakhir bulan November.
Suhu maksimum harian dalam dua minggu terakhir bulan November ialah antara 31 darjah Celcius dengan 34 darjah Celcius pada kebanyakan hari. Suhu maksimum harian tertinggi iaitu 34.8 darjah Celcisu dicatatkan di Clementi, juga pada 22 Nov.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.