Cuaca kering dan panas diramal berterusan sepanjang bulan ini
Khidmat kaji cuaca meramalkan suhu setinggi 35 darjah selsius pada bulan Julai

Gambar hiasan. (Gambar: Calvin Oh)
SINGAPURA: Cuaca kering dan panas yang dialami Singapura sepanjang dua minggu pertama bulan Julai diramal akan berterusan hingga ke hujung bulan ini. Demikian menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura, semalam (16 Jul).
Pada separuh kedua bulan Julai, suhu diramal berada dalam lingkungan 24 hingga 34 darjah selsius.
Namun, pada hari-hari yang berlaku sedikit hujan atau tidak langsung, suhu harian boleh mencecah setinggi 35 darjah selsius.
Bagi dua minggu selanjutnya, hujan sekali-sekala berserta guruh diramalkan sepanjang tiga hingga lima hari, terutamanya pada lewat pagi dan awal petang.
Sementara itu, hujan lebat berserta guruh dan angin kencang dijangkakan pada awal pagi selama satu atau dua hari.
Kadar hujan sepanjang bulan ini diramalkan di bawah paras biasa di kebanyakan kawasan di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.