Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca kering dan panas akan berterusan sepanjang Mac, suhu akan cecah 35 darjah Celsius beberapa hari

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Cuaca kering dan panas diramalkan berterusan untuk beberapa hari pertama pada dua minggu akan datang.

Suhu maksimum harian dijangka melebihi 35 darjah Celsius bagi sejumlah hari.

Hujan berserta guruh pada kadar sederhana diramalkan pada beberapa hari di sebelah petang, terutama pada minggu terakhir Mac.

Khidmat Meteorologi Singapura (MSS) menyatakan dalam kenyataan media pada Jumaat (15 Mac) bahawa jumlah curahan hujan bagi baki bulan ini dijangka bawah purata di seluruh negara.

Suhu maksimum harian diramal antara 34 hingga 35 darjah Celsius pada kebanyakan hari.

Dalam penilaiannya terhadap cuaca pada separuh pertama Mac, agensi cuaca itu menyatakan hujan lebat dijangkakan di hampir seluruh negara pada kebanyakan petang.

Curahan hujan harian tertinggi sebanyak 98.6 milimeter dicatatkan pada 4 Mac di Buona Vista.

"Kebanyakan kawasan di Singapura mencatatkan curahan hujan lebih daripada purata pada dua minggu pertama Mac 2024," tambah MSS.

"Changi mencatatkan curahan hujan 135 peratus lebih tinggi daripada purata, dan Mandai mencatatkan curahan hujan sebanyak 34 peratus di bawah purata."

Pada tempoh tersebut, suhu harian maksimum adalah antara 31.6 hingga 36 darjah Celsius, dengan suhu tertinggi iaitu 36 darjah Celsius dicatatkan di Pulau Sentosa pada 13 Mac.

Maklumat lanjut mengenai ramalan cuaca harian disediakan di laman web MSS atau Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Orang ramai juga boleh memuat turun dan menggunakan aplikasi telefon bimbit myENV.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan