Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca kering & berangin diramal pada hujung minggu pertama 2023

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Cuaca kering dan berangin diramalkan pada hujung minggu pertama tahun Bbaru, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (Met Service) pada Jumaat (30 Dis). 

Ia akan disusuli hujan berserta guruh kadar sederhana hingga lebat di beberapa kawasan di Singapura pada sebelah petang untuk kebanyakan hari sepanjang baki dua minggu akan datang, tambahnya. 

Hujan mungkin berlarutan ke waktu malam pada beberapa hari. 

CUACA KERING & BERANGIN

Keadaan monsun timur laut yang sedang berlaku di Singapura dan kawasan sekitarnya diramalkan berterusan hingga Januari tahun depan, dengan angin paras rendah bertiup dari barat laut atau timur laut.

Demikian menurut Met Service dalam ramalan cuacanya yang dikeluarkan dua minggu sekali.

Pada hujung minggu pertama tahun baru, pengukuhan sistem tekanan tinggi di benua Asia utara dijangka membawa kepada keadaan angin timur laut kencang yang kerap kali berlaku di Laut China Selatan.

"Memandangkan jalur hujan terletak jauh dari Singapura pada ketika ini, kekerapan keadaan itu berlaku berkemungkinan akan menyebabkan keadaan cuaca kering dan berangin di Singapura serta kawasan sekitarnya. 

"Selepas itu, hujan sederhana hingga lebat berserta guruh dijangka melanda beberapa kawasan di Singapura pada sebelah petang bagi kebanyakan hari." 

Secara keseluruhan, jumlah curahan hujan pada separuh pertama Januari 2023 diramalkan hampir purata di kebanyakan bahagian Singapura. 

Bagi dua minggu akan seterusnya, suhu harian diramal berada antara 24 hingga 33 darjah Celsius pada kebanyakan hari. 

Pada satu atau dua hari, suhu maksimum harian mungkin mencecah setinggi kira-kira 34 darjah Celsius. Suhu minimum sekitar 23 darjah Selsius boleh dijangkakan pada beberapa hari hujan. 

CUACA PADA DISEMBER

Singapura mengalami hujan sederhana hingga lebat yang singkat, berserta guruh, pada kebanyakan hari sepanjang Disember, dengan hujan berlarutan hingga ke waktu malam pada beberapa hari, menurut Met Service. 

Disebabkan keadaan cuaca yang hujan dan mendung, suhu maksimum harian di bawah 32 darjah Selsius pada kebanyakan hari. Terdapat lima hari apabila suhu maksimum harian melebihi 33 darjah Selsius. 

Suhu lebih rendah turut disaksikan pada Disember, dengan suhu minimum harian berada pada 24 darjah Selsius atau rendah untuk seluruh bulan ini, kecuali pada dua hari. Suhu minimum harian paling rendah, iaitu 22.2 darjah Celsius, dicatat di Jurong West pada 3 Disember.

Jumlah curahan hujan dicatatkan di bawah purata bagi kebanyakan kawasan di Singapura pada Disember. 

Jumlah tertinggi curahan hujan, iaitu 15 peratus melebihi paras purata, dicatatkan di Sengkang East, manakala yang terendah iaitu 49 peratus di bawah paras purata, adalah di Jurong West.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan