Skip to main content

Singapura

Cuaca jerebu di S'pura mungkin lebih teruk pada Ahad

Keadaan jerebu akan bertambah buruk pada hari perlumbaan Formula One Singapura Grand Prix, setelah 100 lagi tompok panas dikesan di Sumatera pada Sabtu (21 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca jerebu di S'pura mungkin lebih teruk pada Ahad

(Gambar: Chew Huimin)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 11:22PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 11:26PM

SINGAPURA: Keadaan jerebu akan bertambah buruk pada hari perlumbaan Formula One Singapura Grand Prix, setelah 100 lagi tompok panas dikesan di Sumatera pada Sabtu (21 Sep).

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan dalam satu nasihat media bahawa sebanyak 755 tompok panas dikesan di Sumatera. Ini adalah pertambahan yang ketara daripada 655 tompok panas yang dikesan pada Jumaat.

Majoriti tompok panas itu dikesan di wilayah tengah dan selatan Sumatera.

"Sebahagian daripada jerebu asap itu sudah merebak ke Singapura dan beberapa bahagian Semenanjung Malaysia," menurut NEA.

"Di Kalimantan, sebanyak 344 tompok panas dikesan. Jerebu asap yang kian merebak itu masih dikesan di beberapa kawasan di Kalimantan dan sebahagian jerebu juga sudah merebak ke kawasan-kawasan Laut China Selatan ke timur Singapura," menurut NEA lagi.

Singapura mungkin mengalami "keadaan jerebu yang lebih teruk", menurut NEA. Ini kerana angin bertiup boleh membawa jerebu asap ke Singapura.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita