Skip to main content

Singapura

Cuaca hujan diramal pada separuh pertama Apr; suhu jangkaui 35°C pada beberapa hari

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Cuaca hujan sederhana hingga lebat berserta guruh dijangka pada kebanyakan hari pada sebelah tengah hari pada separuh pertama April.

Suhu harian maksimum diramal menjangkaui 35°C pada beberapa hari.

Demikian menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Isnin (1 Apr).

Meskipun lebih banyak hujan dijangka, suhu harian maksimum berkisar antara 34°C dengan 35°C pada kebanyakan hari.

Curahan hujan dalam tempoh itu diramalkan hampir mencecah purata di kebanyakan kawasan di Singapura, menurut agensi cuaca tersebut.

Dalam semakan semula keadaan cuaca bagi separuh kedua Mac, MSS menyatakan bahawa cuaca agak kering dan panas pada bulan lalu, dengan suhu maksimum harian mencatat lebih 35°C pada kebanyakan hari.

"Suhu maksimum harian tertinggi iaitu 36.3°C direkodkan di Choa Chu Kang pada 24 Mac 2024. "

Cuaca hujan sederhana hingga lebat berserta guruh melanda bahagian selatan dan barat Singapura pada lewat tengah hari pada 17 Mac, dengan curahan hujan harian tertinggi iaitu 81.1mm direkodkan di Kent Ridge, yang merupakan yang tertinggi bagi dua minggu itu.

Lebih banyak butiran tentang ramalan cuaca harian disediakan di laman-laman MSS atau Agensi Sekitaran Kebangsaan. Orang ramai juga boleh memuat turun dan menggunakan aplikasi mudah alih myENV.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita