Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca hujan diramal berterusan sehingga separuh pertama Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca hujan diramal berterusan sehingga separuh pertama Nov

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)

SINGAPURA: Singapura mencatat jumlah hujan yang tertinggi dalam 40 tahun pada Oktober, dengan jumlah hujan bulanan sebanyak 412 milimeter. 

Cuaca hujan diramal berterusan hingga separuh pertama November, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura pada Selasa (1 Nov). 

Jumlah hujan yang dicatatkan pada Oktober 2022 menjangkaui rekod jumlah hujan tertinggi pada Oktober 2011, yang menyaksikan jumlah bulanan 389.3 milimeter. 

Jabatan kaji cuaca tersebut menyatakan stesen iklim Changi dilanda hujan sebanyak 27 hari pada Oktober, iaitu jumlah hari hujan yang tertinggi pada Oktober di stesen iklim tersebut sejak tahun 1980-an. 

Ia juga melebihi rekod 21 hari yang disaksikan pada 1985 dan 2003. 

CUACA HUJAN DIJANGKA BERTERUSAN

Singapura mengalami keadaan cuaca antara dua musim tengkujuh pada separuh kedua Oktober dan cuaca hujan sekarang dijangka berlarutan. 

Hujan berserta guruh diramal turun pada kebanyakan hari pada separuh pertama November. 

Pada minggu pertama November, hujan berserta guruh dengan angin kencang dijangka berlaku antara waktu subuh hingga pagi di seluruh Singapura pada beberapa hari, menurut jabatan kaji cuaca. 

Hujan berserta guruh pada sebelah petang diramal pada kebanyakan hari pada minggu kedua November, dengan hujan berlarutan sehingga waktu maghrib pada beberapa hari, tambah jabatan tersebut. 

"Jumlah hujan pada dua minggu pertama November 2022 diramal melebihi purata di kebanyakan kawasan Singapura." 

Sewaktu separuh pertama November, suhu harian pada kebanyakan hari dijangka berada dalam lingkungan antara 24 hingga 33 darjah Selsius. 

Hujan mungkin akan menyebabkan suhu yang lebih rendah pada beberapa hari, dengan suhu minumum harian di bawah 23 darjah Selsius dan suhu maksimum harian di bawah 32 darjah Selsius. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan