Skip to main content

Singapura

Cuaca buruk, dron sebabkan lebih banyak penerbangan tergendala di Changi

Dron dan cuaca buruk menyebabkan beberapa penerbangan tergendala di Lapangan Terbang Changi pada Isnin (24 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Jun 2019 08:46AM Dikemas Kini : 26 Jun 2019 12:33AM

SINGAPURA: Dron dan cuaca buruk menyebabkan beberapa penerbangan tergendala di Lapangan Terbang Changi pada Isnin (24 Jun).

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menyatakan sekitar 15 pelepasan dan 3 ketibaan tergendala. Tujuh penerbangan lain dilencongkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, CAAS menyatakan penerbangan pelepasan dan ketibaan dikawal secara teliti bagi tempoh-tempoh singkat antara 8.07 malam dengan 9.07 malam semalam (24 Jun).

Ini berlaku hanya beberapa hari selepas satu lagi insiden dron tanpa kebenaran yang serupa, menyebabkan 37 penerbangan tergendala.

Orang awam diingatkan bahawa pihak berkuasa memandang serius pengendalian pesawat udara tanpa pemandu yang menyalahi undang-undang.

Ini kerana, ia boleh menimbulkan ancaman kepada penerbangan atau membahayakan keselamatan orang lain.

Pihak-pihak berkuasa menyatakan, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sesiapa yang melanggar peraturan.

Para pesalah boleh menghadapi denda tidak melebihi S$20,000 atau penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita