Skip to main content

Singapura

CSA siasat COSEINC selepas disenarai hitam kerana edar perkakas godam di AS

Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura pada Rabu (10 Nov) menyatakan ia sedia maklum sebuah firma keselamatan siber di Singapura disenarai hitam oleh Amerika Syarikat kerana dipercayai mengedar perkakas penggodaman dan sedang "menyiasat perkara itu".

Anggaran Waktu Membaca:
CSA siasat COSEINC selepas disenarai hitam kerana edar perkakas godam di AS

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Nov 2021 05:33PM Dikemas Kini : 10 Nov 2021 05:34PM

SINGAPURA: Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura pada Rabu (10 Nov) menyatakan ia sedia maklum sebuah firma keselamatan siber di Singapura disenarai hitam oleh Amerika Syarikat kerana dipercayai mengedar perkakas penggodaman dan sedang "menyiasat perkara itu".

Computer Security Initiative Consultancy (COSEINC) dimasukkan ke dalam senarai Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat pada minggu lalu "berdasarkan maklumat bahawa ia mengedar perkakas siber yang digunakan untuk mengakses tanpa izin sistem maklumat, menggugat privasi dan keselamatan para individu dan pertubuhan-pertubuhan merata dunia".

Senarai entiti itu digunakan untuk menyekat eksport, eksport semula dan pemindahan barang-barangan dalam negeri kepada individu atau entiti yang dipercayai terbabit dengan aktiviti yang menggugat keselamatan negara atau kepentingan dasar luar negara Amerika Syarikat.

Sekatan-sekatan itu akan menghadkan keupayaan COSEINC untuk berurus niaga dengan entiti-entiti di Amerika Syarikat.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, CSA menyatakan pada Rabu bahawa syarikat-syarikat harus mematuhi undang-undang dan peraturan berhubung khidmat keselamatan siber.

"Pemerintah Singapura tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu atau pertubuhan yang melanggar peraturan-peraturan itu," menurut CSA.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita