Skip to main content

Singapura

CSA, MHA lancar Latihan Antipenipuan Nasional, sebahagian Latihan SG Ready mulai 1 Mac

Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) akan melancarkan sesi rintis Latihan Simulasi Penipuan Nasional (NSSE), dengan sokongan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), mulai 1 Mac hingga 31 Ogos.
Anggaran Waktu Membaca:
CSA, MHA lancar Latihan Antipenipuan Nasional, sebahagian Latihan SG Ready mulai 1 Mac

Menteri MDDI Josephine Teo dan Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad menerima taklimat dari seorang kakitangan DIS tentang bagaimana Markas Pertahanan Siber menyokong usaha menyeluruh bagi pertahanan siber. (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 02 Feb 2026 07:35AM Dikemas Kini : 02 Feb 2026 12:06PM
SINGAPURA: Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) akan melancarkan sesi rintis Latihan Simulasi Penipuan Nasional (NSSE), dengan sokongan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), mulai 1 Mac hingga 31 Ogos.

Latihan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan pertahanan digital terhadap jenis penipuan yang semakin canggih.

Dalam kenyataannya pada Ahad (1 Feb), agensi itu menyatakan NSSE merupakan sebahagian daripada Latihan SG Ready 2026, yang menekankan usaha pendidikan awam kerajaan bagi memerangi penipuan.

"NSSE akan memberi tumpuan kepada penipuan menyamar sebagai pegawai pemerintah (GOIS), satu jenis penipuan utama yang menjadi kebimbangan.

"Latihan ini menyokong Pertahanan Mutlak dengan memperkukuh pertahanan digital dan daya tahan masyarakat secara kolektif terhadap penipuan yang sentiasa berubah-ubah," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendaftar untuk mengambil bahagian dalam NSSE.

Dengan mengambil bahagian, peserta kan dapat meraih pemahaman lebih baik mengenai cara penipuan dijalankan dan mempelajari langkah praktikal untuk melindungi diri mereka, melalui simulasi penipuan dalam sekitaran yang selamat.

“Pada akhir latihan, peserta akan mempelajari langkah-langkah yang boleh diambil apabila menghadapi taktik GOIS dalam kehidupan sebenar,” tambah kenyataan itu.

CSA juga sedang bekerjasama dengan agensi perkhidatan awam dan kumpulan masyarakat seperti Lions Befrienders bagi melanjutkan latihan itu kepada pekerja dan orang ramai.

Pendaftaran NSSE dibuka pada Ahad dan orang ramai digalakkan menyertai latihan berkenaan.

Peserta akan menerima panggilan telefon automatik atau “robocall” pada bila-bila masa sepanjang tempoh enam bulan latihan bagi meniru taktik biasa GOIS, menurut agensi itu.

Butiran lanjut mengenai NSSE dan proses pendaftaran boleh didapati di laman CSA di https://go.gov.sg/nsse.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita