Cristiano Ronaldo lakukan lawatan 2 hari ke SG; dikerumuni peminat di Kebun Bunga
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Syamil Sapari
SINGAPURA: Ikon bola sepak dunia Cristiano Ronaldo kini berada di Singapura bagi lawatan selama dua hari.
Ini sebagai menyokong NParks dan juga Biasiswa Peter Lim.
Ronaldo antara lain disambut oleh sekitar 200 pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada petang Jumaat (2 Jun) di Kebun Bunga Singapura.
Biasiswa itu ditubuhkan pada 2020 dan sudah mengeluarkan bantuan bernilai lebih $1 juta dan diberikan kepada ratusan penerima.
Pada Sabtu ini pula, pemain asal Portugal itu akan bertemu sekitar 1,000 belia bagi menyokong Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Biasiswa Peter Lim.
Ini adalah lawatan keempat Ronaldo ke Singapura sejak 10 tahun lalu.
Ia juga lawatan pertamanya ke negara ini sejak pandemik COVID-19 melanda.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.