Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cristiano Ronaldo dijangka lawat SG bulan depan; tidak sabar bertemu pelajar tempatan

Anggaran Waktu Membaca:
Cristiano Ronaldo dijangka lawat SG bulan depan; tidak sabar bertemu pelajar tempatan

Gambar: Cristiano Ronaldo/Facebook

SINGAPURA: Kapten pasukan bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, dijangka akan melakukan lawatan ke Singapura pada bulan depan.

Dalam catatannya di Facebook pada Sabtu (14 Mei), beliau turut menyuarakan keghairahannya untuk bertemu dengan para pelajar Singapura sekali lagi.
Kunjungan ke Singapura bukan yang pertama oleh bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu yang pernah ke negara ini sebagai sebahagian daripada Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim.

Kali terakhir pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu mengunjungi Singapura adalah pada 2019 di mana beliau turut mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Rendah Yumin sebagai Duta Yayasan Olimpik Singapura - Biasiswa Peter Lim.

Malah, beliau juga pernah melakukan lawatan serupa ke Sekolah Menengah Crest pada 2013.

Ronaldo merupakan rakan karib hartawan Singapura Peter Lim dan hak imej beliau turut dimiliki oleh Mint Media, syarikat milik Encik Lim yang berpangkalan di Hong Kong.

Lebih 2,900 atlit remaja telah meraih manfaat daripada Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim yang ditubuhkan pada 2010, dengan hartawan itu menyumbang dana sebanyak S$10 juta.

Selepas sedekad, biasiswa tersebut berjaya memacu pembangunan sukan tempatan.

Antara penerima biasiswa tersebut bahkan, telah berjaya mencipta sejarah dan menyumbang pingat kepada Singapura di pertandingan antarabangsa yang berprestij. Ini termasuk jaguh renang negara, Joseph Schooling, Jasmine Ser dan Tao Li.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan