Skip to main content

Singapura

Cristiano Ronaldo buat penampilan istimewa di 2 sekolah rendah S'pura

Bintang bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo membuat penampilan istimewa di dua sekolah rendah tempatan siang tadi (4 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jul 2019 07:26PM Dikemas Kini : 04 Jul 2019 08:50PM

SINGAPURA: Bintang bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo membuat penampilan istimewa di dua sekolah rendah tempatan siang tadi (4 Jul).

Kemunculannya diharap dapat memberikan inspirasi kepada para pelajar untuk mengejar impian mereka.

Murid-murid dari Sekolah Rendah Chongzheng yang berhampiran juga berpeluang "turun padang" untuk berhadapan dengan bintang bolasepak itu.

Ronaldo sempat berkongsi pengalaman mengenai kehidupan dan kerjayanya dengan mereka.

Beberapa pelajar yang bernasib baik juga berpeluang menunjukkan kemahiran mereka kepada pemain yang pernah memenangi anugerah Ballon D'or sebanyak lima kali.

Lawatan Ronaldo adalah sebahagian daripada usaha Yayasan Sukan Olimpik Singapura-Peter Lim yang membantu memenuhi aspirasi sukan para pelajar.

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita