Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Credit Suisse didenda S$3.9 juta atas salah laku pengurus perhubungannya

Anggaran Waktu Membaca:
Credit Suisse didenda S$3.9 juta atas salah laku pengurus perhubungannya

Credit Suisse di Changi Business Park. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

SINGAPURA: Credit Suisse dikenakan denda sivil sebanyak S$3.9 juta oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) selepas bank itu gagal mencegah atau mengesan salah laku para pengurus perhubungan di cawangannya di Singapura.

Pengurus-pengurus perhubungan bank itu "mendedahkan maklumat hasil urus niaga yang tidak lengkap atau tidak tepat", yang membolehkan mereka meraih komisen pada kadar "jauh lebih tinggi daripada yang dipersetujui bersama" bagi 39 urus niaga bon yang dijual beli secara langsung (over-the-counter, OTC), menurut MAS menerusi satu kenyataan pada Khamis (28 Dis).

Apabila Credit Suisse melakukan urus niaga OTC seperti yang diminta para klien, bank itu mengenakan komisen bagi maklumat tentang harga yang didapatkan daripada bank-bank lain, dedah MAS lagi.

Penguasa itu menambah bahawa para pengurus perhubungan terbabit membuat penyata palsu kepada para klien mengenai harga (bon) yang ditetapkan antara bank dan/atau komisen yang dikenakan. Ini selain mengecualikan maklumat bahawa komisen yang dikenakan melebihi kadar yang dipersetujui.

Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap Credit Suisse selepas MAS menyemak amalan perkongsian maklumat dan harga dalam industri perbankan privet.

MAS menyatakan Credit Suisse sudah mengaku bertanggungjawab dan segera melunaskan denda yang dikenakan ke atasnya.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan