Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CPIB puji bekas pegawai CISCO Muhammad Ridhwan Razali kerana tolak wang sogok

Seorang pemandu yang bekerja di Singapura didakwa pada Khamis (27 Feb) kerana menyogok seorang pegawai penguat kuasa bagi mengelak daripada membayar saman, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataan medianya.

Anggaran Waktu Membaca:
CPIB puji bekas pegawai CISCO Muhammad Ridhwan Razali kerana tolak wang sogok

(Gambar hiasan: AFP/Getty Images/Joe Raedle)

Diterbitkan : 27 Feb 2020 09:39PM Dikemas Kini : 27 Feb 2020 09:51PM

SINGAPURA: Seorang pemandu yang bekerja di Singapura didakwa pada Khamis (27 Feb) kerana menyogok seorang pegawai penguat kuasa bagi mengelak daripada membayar saman, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataan medianya.

Warga China Wang Baoyu, seorang pemegang pas kerja berusia 40 tahun, dituduh menawarkan S$50 kepada seorang bekas pegawai Certis CISCO, Encik Muhammad Ridhwan Razali setelah didapati meletakkan kenderaannya secara sembarangan.

Wang adalah pemandu bagi syarikat Poh Tiong Choon Logistics Limited semasa dia melakukan kesalahan itu pada 1 Apr 2019, menurut CPIB.

Sesiapa yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah boleh didenda sehingga S$100,000, atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, menurut CPIB.

"CPIB memuji Encik Ridhwan atas kejujurannya dengan menolak rasuah itu, sekali gus menjadi lambang antara nilai utama yang dijunjung tinggi oleh masyarakat kita," tambah kenyataan tersebut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan