Skip to main content

Singapura

CPIB beri amaran terhadap penipu guna WhatsApp minta orang awam bayar denda

Sebilangan orang awam disuruh membayar denda berdasarkan dokumen palsu yang dihantar melalui WhatsApp yang kononnya dari Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), menurut agensi itu pada Rabu (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
CPIB beri amaran terhadap penipu guna WhatsApp minta orang awam bayar denda

(Gambar: Dado Ruvic/Reuters)

Diterbitkan : 18 Nov 2020 04:07PM Dikemas Kini : 18 Nov 2020 04:10PM

SINGAPURA: Sebilangan orang awam disuruh membayar denda berdasarkan dokumen palsu yang dihantar melalui WhatsApp yang kononnya dari Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), menurut agensi itu pada Rabu (18 Nov).

Dokumen-dokumen palsu itu mendakwa bahawa bank-bank akaun tertentu milik para individu, syarikat dan pihak ketiga akan "dibekukan dalam tempoh 24 jam untuk disiasat kerana disyaki terbabit dalam kesalahan pengubahan wang haram", menurut CPIB dalam maklumannya itu.

Dokumen-dokumen itu turut mengandungi logo CPIB, dengan sebilangan daripadanya memaparkan tandatangan seorang pegawai CPIB.

"CPIB sudah menyemak dokumen-dokumen itu dan mendapati bahawa ia adalah palsu," menurut agensi tersebut.

"Beberapa perkara dikesan termasuk kesilapan ejaan dan tatabahasa."

Orang ramai yang menerima kiriman mesej mengandungi dokumen CPIB tersebut yang mungkin "mencurigakan" dinasihatkan supaya menghubungi talian CPIB di 1800-376-0000 bagi mendapatkan bantuan untuk mengesahkan kesahihan dokumen tersebut.

"Jangan mengirimkan atau memindahkan wang bagi sebarang urus niaga berdasarkan arahan yang mungkin termasuk dengan dokumen atau terkandung dalam dokumen sedemikian," menurut agensi itu.

Orang ramai juga harus mengelakkan daripada memberikan maklumat peribadi dan butiran akaun bank kepada pengirim", tambah kenyataan tersebut.

CPIB "memandang serius terhadap penyamaran agensi awam bagi tujuan untuk menipu". 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita