CPIB beri amaran tegas kepada 6 bekas kakitangan Keppel Offshore & Marine berhubung kes rasuah Brazil
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: laman Keppel O&M)
SINGAPURA: Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) mengeluarkan amaran tegas kepada enam bekas kakitangan pengurusan kanan Keppel Offshore & Marine (KOM) berhubung kes rasuah yang melibatkan syarikat gergasi minyak dari Brazil, Petrobras.
Amaran tersebut dikeluarkan sebagai ganti pendakwaan bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta Pencegahan Rasuah.
Demikian menurut CPIB pada Khamis (12 Jan).
Kesalahan-kesalahan tersebut membabitkan pembayaran wang sogok kepada pegawai-pegawai Petrobas, bagi kontrak pembinaan pelantar, yang mana sudah diberikan oleh Petrobras atau syarikat-syarikat berkaitan kepada KOM.
Pada Disember 2017, anak syarikat lepas pantai dan marin Keppel Corporation didenda AS$422 juta (S$572 juta) atas peranannya dalam skandal rasuah antarabangsa yang berlaku antara 2001 hingga 2014, membabitkan wang suap bernilai AS$55 juta (S$74 juta).
Ia menyusuli bayaran wang sogokan oleh bekas ejen KOM di Brazil untuk mendapatkan beberapa kontrak dengan gergasi minyak Petrobas, terbongkar.
Di bawah huraian global yang dipimpin Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan melibatkan Brazil dan Singapura, satu amaran bersyarat dikeluarkan kepada KOM sebagai ganti bagi kesalahan yang mana boleh dihukum di bawah Akta Pencegahan Rasuah.
CPIB menambah bahawa KOM sudah membayar denda AS$422 juta (S$572 juta) dan memenuhi semua kewajipannya di bawah amaran bersyarat tersebut.
CPIB menyatakan ia menjalankan siasatan terhadap enam individu yang didakwa bersubahat dengan satu sama lain untuk memberi wang suap berjumlah sekitar AS$55 juta (S$74 juta) kepada beberapa konsultan dari luar negara yang terlibat dalam kepentingan perniagaan KOM di Brazil. Konsultan-konsultan tersebut kemudiannya menggunakan wang itu untuk memberi rasuah kepada pegawai Petrobras.
Dalam pada itu, CPIB menyifatkan kes tersebut sebagai rumit memandangkan ia rentas sempadan, melibatkan pelbagai pihak berkuasa dan saksi dari beberapa negara.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.