Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Singapore Expo siap jadi kemudahan pengasingan masyarakat

Persiapan untuk menempatkan para pesakit COVID-19 yang beransur sembuh atau mereka dengan simptom-simptom ringan di Singapore Expo semakin rancak. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Apr 2020 10:10PM Dikemas Kini : 09 Apr 2020 11:10PM

SINGAPURA: Persiapan untuk menempatkan para pesakit COVID-19 yang beransur sembuh atau mereka dengan simptom-simptom ringan di Singapore Expo semakin rancak.

Pihak berkuasa memberi pengesahan beberapa hari lalu bahawa pusat konvensyen tersebut
akan membantu mengurangkan kesesakan di pusat-pusat jagaan kesihatan untuk mereka yang lebih memerlukan rawatan perubatan.

Pada Rabu (8 Apr), Singapura mencatatkan jumlah tertinggi jangkitan baru, membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada lebih 1,600.

Apabila Mediacorp mengunjungi Singapore Expo siang tadi (9 Apr), pelbagai peralatan perubatan seperti mesin x-ray dan ultrabunyi telah dipasang. Meja-meja untuk mengambil ujian pesakit juga sudahpun disiapkan.

Para penjawat politik dilihat memerhatikan persiapan yang dilakukan bersama para pegawai perubatan.

Mediacorp difahamkam kakitangan jagaan kesihatan dari Parkway Pantai, yang menguruskan Hospital Gleneagles dan Mount Eliizabeth di sini, akan ditempatkan di kemudahan di Singapore Expo ini.

Singapore Expo akan menjadi prasarana pengasingan masyarakat yang kedua Singapura selepas D'Resort NTUC di Pasir Ris. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan