Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: SAF tunda latihan ICT tidak penting, ketepikan keperluan IPPT bagi NSmen serta merta

Berkuat kuasa serta-merta, semua kegiatan latihan dalam kem (ICT) yang tidak penting untuk operasi ditangguhkan dan ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) untuk anggota kerahan perkhidmatan awam (NSmen) terlibat diketepikan, umum Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Mar 2020 05:03PM Dikemas Kini : 01 Apr 2020 12:33AM

SINGAPURA: Berkuat kuasa serta-merta, semua kegiatan latihan dalam kem (ICT) yang tidak penting untuk operasi ditangguhkan dan ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) untuk anggota kerahan perkhidmatan awam (NSmen) terlibat diketepikan, umum Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Ini adalah antara langkah-langkah jarak keselamatan baru yang dilaksanakanAngkatan Bersenjata Singapura (SAF) di tengah-tengah penularan wabak COVID-19.

Dalam satu kenyataan pada Selasa (31 Mac), MINDEF juga menyatakan pihaknya menggantungsemua latihan persediaan IPPT dan latihan jasmani di pusat-pusat kecergasan, gim SAFRA dan taman-taman. Pusat-pusat latihan jasmani juga akan ditutup.

Semua latihan SAF juga akan dilakukan dalam kumpulan yang lebih kecil. Mediacorp sudah mengutarakan pertanyan kepada MINDEF jika anggota sepenuh masa masih perlu mengambil ujian kecekapan jasmani IPPT.

Langkah-langkah baru itu akan dilaksanakan sehingga 30 April dan boleh dilanjutkan jika keadaan COVID-19 tidak bertambah baik, kata MINDEF.

Kementerian tersebut menambah: "Walaupun tidak ada keperluan pada masa ini bagi langkah-langkah yang lebih ketat, seperti mengasingkan unit operasi penting dalam premis SAF, SAF akan terus memantau keadaan yang kerap berubah dan mungkin melaksanakan langkah selanjutnya untuk memastikan kesediaan operasi yang berterusan, sekiranya keadaan COVID-19 bertambah teruk. "

Panglima Angkatan Pertahanan Melvyn Ong berkata SAF akan mengawasi keadaan itu berdasarkan perkembangan "bulan demi bulan".

"Ia semakin jelas bahawa keadaan tidak akan kembali seperti sebelumnya dalam masa terdekat," kata Leftenan Jeneral Ong. "Jadi tujuan utama kami dari awal adalah untuk mengekalkan tahap kesediaan operasi kami dan melindungi anggota perkhidmatan kami."

MINDEF menyatakan bahawa krew SAF akan terus melaksanakan fungsi kritikal sepanjang masa, seperti pertahanan negara, perlindungan tapak-tapak penting, keselamatan maritim dan operasi pertahanan udara.

"Bagi memastikan operasi tidak terganggu sekiranya berlaku jangkitan COVID-19, unit SAF dalam peranan ini telah dibahagi-bahagikan menjadi kohort. ICT bagi NSmen yang menyokong fungsi-fungsi kritikal ini akan diteruskan," kata MINDEF.

Pada Isnin, SAF mengumumkan bahawa tetamu tidak akan dijemput ke Pusat Latihan Ketenteraan Asas (BMTC) di Pulau Tekong pada hari pendaftaran sebagai sebahagian daripada langkah membendung penyebaran COVID-19. Pendaftaran juga akan dilakukan dalam kumpulan yang lebih kecil.

MINDEF berkata SAF sudah melaksanakan langkah berjaga-jaga kesihatan dan jarak keselamatan .

Ini termasuk pemantauan kesihatan dan suhu badan, saringan suhu badan di premis SAF dan acara-acara anjurannya, penangguhan atau pembatalan acara berskala besar dan perhimpunan sosial, jarak keselamatan yang lebih luas di tempat kerja dan kawasan umum, dan waktu makan yang berbeza-beza.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan