Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19 ragut 4 jiwa; kes baru hampir cecah 5,000 di S'pura

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,733 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (5 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 ragut 4 jiwa; kes baru hampir cecah 5,000 di S'pura

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 05 May 2022 10:29PM Dikemas Kini : 05 May 2022 10:30PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,733 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (5 Mei).

Ia terdiri daripada 4,475‬ jangkitan tempatan dan 258‬‬ kes import.

Empat kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 5 Mei: 4,733
Kes baru tempatan: 4,475‬
Kes import: 258

Jumlah kes baru Protokol 2: 4,372

Ini terdiri daripada 4,137 jangkitan tempatan dan 235 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 361‬ kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 338 adalah jangkitan tempatan manakala 23 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,208,917

KEMATIAN

Kes kematian pada 5 Mei: 4

Jumlah kematian sejauh ini: 1,344

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.82, naik berbanding 0.70 semalam (4 Mei).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 231 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 253 semalam (4 Mei).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 18

Dipantau rapi di ICU: 6

Seramai 1,423 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Rabu (4 Mei), 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 74 peratus
 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan