Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Perniagaan industri perkahwinan masih terjejas meski sekatan dilonggarkan

Perniagaan dalam industri perkahwinan tempatan masih terjejas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2020 08:17PM Dikemas Kini : 22 Sep 2020 11:26PM

SINGAPURA: Perniagaan dalam industri perkahwinan tempatan masih terjejas.

Ramai bakal mempelai memilih untuk menangguhkan majlis mereka ke tahun depan.

Keputusan itu dibuat walaupun pihak berkuasa melonggarkan sekatan COVID-19 sejak awal Ogos lalu yang membenarkan sehingga 50 tetamu di majlis perkahwinan.

Syarikat-syarikat industri perkahwinan sudah menyesuaikan diri kepada trend "perkahwinan pandemik" dengan butik AL.MA.LU misalnya menawarkan rekaan pelitup yang padan dengan baju pengantin.

Menurutnya permintaan bagi pelitup jahit sendiri buat pengantin, keluarga dan tetamu juga meningkat.

Namun begitu, ia hanya membentuk hampir 30 peratus daripada perniagaan bulanannya.

Ada pula syarikat yang mendapati peningkatan bagi permintaan rekaan latar untuk majlis pengantin di platform Zoom, khususnya daripada pasangan yang bernikah ataupun mengadakan majlis di rumah saja.

Walaupun pelbagai usaha sudah dicuba, perniagaan sektor majlis perkahwinan masih merosot sekitar 30 peratus berbanding tempoh sebelum COVID-19.

Syarikat perancang perkahwinan Chere Weddings & Events yang ditemui Mediacorp menyatakan hampir kesemua pelanggannya menangguhkan majlis mereka dan perniagaan syarikat itu menjunam 75 peratus berbanding tahun lalu.

Jumlah pernikahan yang didaftar pada tujuh bulan pertama tahun ini juga merosot sekitar 23 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan