Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Perniagaan agensi pembantu rumah terjejas teruk, ada mungkin gulung tikar

Krisis COVID-19 menjejas perniagaan banyak syarikat di pelbagai sektor termasuk agensi pengambilan pembantu rumah. Banyak syarikat melaporkan perniagaan terjejas teruk, ada sehingga merosot 80 peratus dan mungkin terpaksa mengambil keputusan untuk 'gulung tikar'.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Krisis COVID-19 menjejas perniagaan banyak syarikat di pelbagai sektor termasuk agensi pengambilan pembantu rumah.

Banyak syarikat melaporkan perniagaan terjejas teruk, ada sehingga merosot 80 peratus dan mungkin terpaksa mengambil keputusan untuk 'gulung tikar'.

Antara cabaran utama adalah kos membawa masuk amah baru yang kini boleh mencecah S$4,200 seorang.

Jika dibandingkan sebelum tempoh COVID-19, kos membawa masuk seorang amah baru adalah sekitar S$2,500.

Namun, disebabkan COVID-17, majikan perlu mengeluarkan kos tambahan sekitar S$1,700 bagi amah baru menjalani kuarantin di kemudahan tertentu dan juga ujian swab, seperti yang diumumkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Kadar kelulusan permit kerja bagi pembantu rumah yang baru juga adalah "amat terhad", menurut MOM.

Beban kos tambahan ini, menurut agensi pembantu rumah seperti Manhattan Maids, membuat orang ramai tidak jadi mengambil amah baru.

"Bagi sayalah, kalau untuk majikan yang baru pertama kali ambil ataupun yang sudah biasa, kos itu agak tinggi. Mungkin pemerintah atau pihak berkuasa boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan kos tersebut dan membolehkan pembayaran secara ansuran dan bukan sekali bayar. Ini mungkin dapat meringankan beban majikan dan tentu mereka akan lebih terdorong untuk mendapatkan pembantu rumah," kata Pemilik Manhattan Maids Encik Zainal Jamari.

'TRANSFER MAID' BUKAN PILIHAN PELANGGAN

Walaupun MOM sebelum ini menggesa supaya diambil amah yang sudah berada di Singapura ataupun yang sedang menjalani proses pemindahan majikan atau 'transfer maid', Encik Zainal menjelaskan ini bukanlah pilihan popular di kalangan pelanggan.

Beliau menjelaskan: "Mereka kurang berminat untuk mendapatkan 'transfer maid' atau pembantu rumah yang ada pengalaman bekerja di Singapura. Mungkin persepsi mereka pembantu rumah yang mempunyai pengalaman di Singapura ini terlalu bijak. Kedua pembantu rumah 'transfer maid' ini biasanya menuntut gaji yang lebih tinggi daripada pembantu rumah baru. Itu juga kos yang perlu dipertimbangkan."

Disebabkan semua gangguan yang menjejas bekalan pekerja pembantu rumah itu, sekitar 10 agensi amah yang dihubungi BERITAmediacorp berkongsi bahawa perniagaan mereka kini merosot antara 75 hingga 80 peratus sejak empat bulan lalu.

Di City Plaza misalnya, kebanyakan agensi pembantu rumah juga tidak dibuka kerana terpaksa bekerja dari rumah untuk mengurangkan kos operasi.

Malah dua pemilik agensi yang kami hubungi mendedahkan perniagaan mereka mungkin terpaksa gulung tikar pada bulan-bulan akan datang jika keadaan COVID-19 tidak berubah.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan