Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19 perkukuh daya bingkas, perpaduan rakyat S'pura: Lawrence Wong

COVID-19 telah memperkukuh daya bingkas dan perpaduan dalam kalangan rakyat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 perkukuh daya bingkas, perpaduan rakyat S'pura: Lawrence Wong

Encik Lawrence Wong semasa forum anjuran IPS dan RSIS pada 25 Jun 2021 (Gambar fail: IPS)

Diterbitkan : 24 Aug 2021 04:19PM Dikemas Kini : 24 Aug 2021 04:27PM

SINGAPURA: COVID-19 telah memperkukuh daya bingkas dan perpaduan dalam kalangan rakyat Singapura.

Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata demikian semasa acara konvokesyen Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang diadakan secara maya pada pagi Selasa (24 Ogos).

Encik Wong menyeru para siswazah agar memikirkan cara-cara untuk membuat perbezaan yang berkekalan kepada masyarakat.

Mereka juga digesa agar tabah mengharungi perubahan disebabkan pandemik sedang mereka melangkah ke dunia pekerjaan.

"Dalam banyak perkara, COVID-19 adalah ujian terbesar terhadap tekad dan perpaduan kita. Kita telah mengalami tekanan yang hebat dalam tempoh 19 bulan lalu.

Namun kita terus berganding bahu sebagai rakyat yang bersatu padu. Kita prihatin terhadap satu sama lain, dan bantu mereka yang memerlukan," ujar beliau.

Sumber : CNA/ZM/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan