Skip to main content

Singapura

COVID-19: Pekerja binaan akan kerap diuji apabila projek disambung semula selepas 'circuit breaker'

Lagi 5 peratus pekerja binaan akan dibenarkan untuk meneruskan projek-projek kritikal seperti MRT dan sistem kumbahan selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan berakhir pada 1 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 May 2020 08:39PM Dikemas Kini : 16 May 2020 12:32AM

SINGAPURA: Lagi 5 peratus pekerja binaan akan dibenarkan untuk meneruskan projek-projek kritikal seperti MRT dan sistem kumbahan selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan berakhir pada 1 Jun.

Perkara itu diumumkan pasukan bertindak berbilang kementerian dalam satu sidang media yang diadakan hari ini (15 Mei).

Buat masa ini, sekitar lima peratus tenaga kerja sektor binaan sedang bekerja dalam beberapa jumlah kecil projek prasarana yang penting.

Namun begitu, kelulusan perlu didapatkan daripada Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) sebelum kerja-kerja dimulakan.

Beberapa langkah berjaga-jaga juga perlu dilaksanakan bagi projek yang akan disambung semula selepas 1 Jun.

Di bawah inisiatif Tenaga Kerja Selamat COVID-19, para pekerja perlu memuat turun aplikasi pengesanan kontak dan majikan juga perlu memantau status kesihatan pekerja.

Ujian COVID-19 yang kerap turut dilakukan bagi tenaga kerja dan interaksi sosial pekerja perlu diurus.

"Sebagai sebahagian daripada keperluan baru, kami kini memerlukan mereka ditempatkan bersama. Jika mereka bekerja dalam satu projek, mereka akan ditempatkan bersama. Mereka boleh ditempatkan dalam satu blok di dormitori atau di tapak kerja di perumahan sementara yang mana pihak kontraktor ingin menubuhkannya," kata Encik Lawrence Wong, pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian.

"Jadi inilah satu gambaran perubahan yang kami melaksanakan supaya jika jangkitan berlaku di tempat kerja, ia tidak akan dibawa pulang dan menjangkiti pelbagai lagi dormitori," tambah beliau.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita