Skip to main content

Singapura

COVID-19: PAP buat penyesuaian anjur kegiatan dampingi masyarakat

Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan membuat penyesuaian pada kegiatan-kegiatan mendampingi masyarakat bagi memenuhi peraturan menjaga jarak selamat demi mecegah penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: PAP buat penyesuaian anjur kegiatan dampingi masyarakat

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat semasa adakan lawatan ke Ang Mo Kio pada 4 Jun 2019. (Gambar fail: Corine Tiah)

Diterbitkan : 27 Mar 2020 07:58PM Dikemas Kini : 27 Mar 2020 08:04PM

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan membuat penyesuaian pada kegiatan-kegiatan mendampingi masyarakat bagi memenuhi peraturan menjaga jarak selamat demi mecegah penularan COVID-19.

"Parti Tindakan Rakyat akan mematuhi garis panduan yang ditetapkan pasukan bertindak berbilang kementerian dan membuat penyesuaian pada kegiatan-kegiatan mendampingi masyarakat," kata seorang jurucakap parti itu kepada Mediacorp hari ini (27 Mac).

"Ini termasuk menimbangkan pelbagai format bagi kegiatan-kegiatan yang akan dianjurkan jika perlu."

Pihak berkuasa terdahulu mengumumkan bahawa bermula Jumaat (27 Mac), perhimpunan di luar sekolah dan tempat kerja akan dihadkan kepada 10 orang demi membendung penularan wabak COVID-19. Orang ramai harus menjaga jarak selamat 1m antara satu sama lain.

Parti-parti politik sudah melaksanakan langkah berjaga-jaga semasa mendekati masyarakat, seperti tidak berjabat tangan mahupun memasuki rumah para penduduk.

Pada Khamis (27 Mac), Parti Pekerja (WP), Parti Demokratik Singapura (SDP), Parti Rakyat Singapura (SPP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) turut mengumumkan mereka akan menggantung semua kegiatan seperti kunjungan dari rumah ke rumah dan lawatan ke kawasan kejiranan di tengah-tengah COVID-19.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita