Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Muzium Negara S'pura, Muzium Tamadun Asia dibuka semula 26 Jun

Pusat Warisan India, Taman Warisan Melayu dan Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen akan menyusul pada 3 Jul, menurut Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam satu nasihat awam di laman webnya pada Jumaat (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Muzium Negara S'pura, Muzium Tamadun Asia dibuka semula 26 Jun

Bangunan Muzium Negara Singapura (Gambar: Lembaga Warisan Negara)

Diterbitkan : 20 Jun 2020 08:28AM Dikemas Kini : 20 Jun 2020 08:33AM

SINGAPURA: Muzium Negara dan Muzium Tamadun Asia akan dibuka semula pada 26 Jun, seminggu selepas Fasa 2 pembukaan semula Singapura bermula.

Pusat Warisan India, Taman Warisan Melayu dan Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen akan menyusul pada 3 Jul, menurut Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam satu nasihat awam di laman webnya pada Jumaat (19 Jun).

"Muzium-muzium akan dibenarkan untuk dibuka semula kepada orang ramai mulai 26 Jun 2020, tertakluk kepada langkah-langkah pengurusan selamat untuk memastikan keselamatan para kakitangan dan pengunjung," menurut lembaga itu.

Galeri Nasional Singapura juga akan dibuka semula pada 26 Jun, menurut nasihat di laman webnya.

LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT

Para pengendali muzium perlu mengurangkan keupayaan menampung kepada 25 peratus daripada keseluruhan tempat dengan menghadkan setiap kumpulan pelawat kepada lima orang dengan jarak selamat 1 meter antara kumpulan.

Semua pelawat dan kakitangan mesti memakai pelitup.

Pengendali muzium juga harus menggalakkan pengunjung membeli tiket dan membuat pembayaran secara online.

Tempat-tempat tersebut harus melaksanakan langkah-langkah pendaftaran dan pengesanan kontak SafeEntry, mendapatkan pernyataan kesihatan pengunjung dan melaksanakan langkah-langkah pemeriksaan suhu. Mereka yang tidak sihat tidak harus dibenarkan masuk dan disarankan supaya mendapatkan rawatan perubatan.

Tiada lawatan berpandu dibenarkan dan tiada fon kepala, panduan audio, atau barangan kegunaan bersama boleh disediakan.

Pameran interaktif, termasuk pameran atau pemasangan khas untuk kanak-kanak, harus dikeluarkan atau ditutup, "kerana ia biasanya kerap disentuh".

Permukaan yang kerap disentuh, seperti susur, pemegang dan tombol, harus dibersihkan secara tetap.

Notis-notis perlu diletakkan untuk mengingatkan para pengunjung dan pekerja untuk mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat, mengamalkan kebersihan diri yang baik - termasuk mencuci tangan secara tetap dan elak daripada menyentuh wajah - serta mengelakkan berjabat tangan atau bercakap dengan kuat untuk mengurangkan risiko penularan melalui titisan.

Mulai Jumaat, premis muzium boleh digunakan sebagai tempat kerja dan juga untuk mengadakan kelas latihan dan bengkel profesional.

"Pada tahap Fasa 2 seterusnya, tempat acara seni dan budaya, termasuk muzium, juga boleh digunakan untuk penerbitan digital dan rakaman persembahan, kelas kelolaan pakar dan kursus serta raptai tanpa penonton," kata NHB, sambil menambah bahawa Majlis Seni Kebangsaan akan menyediakan kemas kini pada satu tarikh kemudian.

Subsidi yang diberikan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia untuk penyewaan tempat atau kos penerbitan dalaman akan dinaikkan dari 30 peratus kepada 80 peratus semasa Fasa 2, "bergantung kepada penilaian dan keadaan semasa negara", tambah NHB.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan