COVID-19: Muzium, galeri seni di S'pura akan terus dibuka
Semua muzium dan galeri seni di Singapura akan terus dibuka.
SINGAPURA: Semua muzium dan galeri seni di Singapura akan terus dibuka.
Kegiatan seni dan budaya juga akan diteruskan namun, pada saiz yang lebih kecil atau menerusi online di tengah-tengah penularan COVID-19
Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) menyatakan acara-acara yang melibatkan lebih 250 peserta akan ditangguh atau dibatalkan jika langkah-langkah cegah COVID-19 tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Langkah-langkah itu termasuk jarak antara tempat-tempat duduk yang harus sekurang-kurangnya satu meter.
Kementerian itu juga menasihati para peserta dan penonton agar menjaga kebersihan diri dan mengamalkan tanggungjawab sosial.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.