COVID-19: Muzik secara langsung dibenarkan di 16 tempat ibadat mulai 3 Okt
16 tempat agama dipilih untuk mengadakan semula nyanyian atau bermain muzik secara langsung semasa acara keagamaan masing-masing.
SINGAPURA: 16 tempat agama dipilih untuk mengadakan semula nyanyian atau bermain muzik secara langsung semasa acara keagamaan masing-masing.
Ujian perintis itu akan dimulakan Sabtu depan (3 Okt) di bawah peraturan langkah-langkah pengurusan selamat untuk cegah penularan COVID-19.
Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) menyatakan hari ini (26 Sep)16 tempat ibadat itu dipilih selepas berunding dengan jawatankuasa panduan keharmonian kaum dan agama.
Mulai Sabtu depan juga, jumlah jemaah di tempat-tempat ibadat dinaikkan kepada 100 orang.
Bagi tempat ibadat dengan bangunan khusus seperti masjid, ia mesti mengadakan dua zon dengan setiap satu menampung 50 orang.
Rumah-rumah ibadat lain seperti kuil Hindu dan Taoist pula perlu memastikan ruang-ruang yang dikongsi bersama dan dewan ibadat tidak sesak dengan penganut.
Tempat-tempat ibadat yang mahu menyertai satu projek rintis untuk menambah jumlah jemaah sehingga 250 orang boleh membuat permohonan kepada MCCY.
Namun tempat-tempat ibadat itu perlu membuktikan telah dapat mengurus kehadiran sehingga 100 jemaah dengan baik.
LAPORAN BERKAITAN:
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.