Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: MOM kenakan denda, arahan henti kerja bagi firma tidak laksanakan kerja dari rumah

Pemerintah akan mempertingkat langkah-langkah agar syarikat melaksanakan amalan bekerja dari rumah semana mungkin, dengan hukuman boleh dikenakan ke atas mereka yang tidak melakukan demikian, menurut pihak berkuasa pada Selasa (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: MOM kenakan denda, arahan henti kerja bagi firma tidak laksanakan kerja dari rumah

(Gambar: Facebook/MOM)

Diterbitkan : 31 Mar 2020 11:20PM Dikemas Kini : 31 Mar 2020 11:27PM

SINGAPORE: Jumlah penumpang dalam pengangkutan awam pada waktu sibuk sudah berkurangan sekitar 30 peratus. Meskipun demikian, Pemerintah akan mempertingkat langkah-langkah agar syarikat melaksanakan amalan bekerja dari rumah semana mungkin, dengan hukuman boleh dikenakan ke atas mereka yang tidak melakukan demikian, menurut pihak berkuasa pada Selasa (31 Mac).

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata demikian di taklimat pasukan bertindak berbilang kementerian yang ditugaskan bagi menangani penularan COVID-19.

Cik teo berkata, sejak kementeriannya mengeluarkan nasihat pada 26 Mac agar majikan memastikan pekerja bekerja dari rumah jika tugas mereka boleh dilakukan di rumah, semakin banyak syarikat sudah melaksanakan aturan sedemikian.

Namun, hanya 40 peratus kakitangan syarikat-syarikat di Kawasan Daerah Pusat Perniagaan (CBD) dianggarkan bekerja dari rumah sekarang, katanya.

"Jadi, masih ada banyak ruang untuk kami lakukan lebih, terutamanya dalam kalangan firma sektor swasta," katanya.

Untuk meningkatkan penyertaan syarikat, tidak lama lagi majikan yang tidak melaksanakan amalan bekerja dari rumah akan didenda atau dikenakan perintah berhenti kerja, kata Cik Teo.

Beliau menambah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang berusaha melakarkan garis panduan bagi syarikat. Ia juga akan meminda undang-undang sedia ada untuk menguatkuasakan garis panduan dan menambah pasukan penguat kuasa kepada lima kali ganda.

Namun beliau menegaskan keadaan setiap syarikat akan dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan.

"Kami ingin melihat bukti bahawa syarikat telah membuat percubaan serius untuk melaksanakan aturan kerja dari rumah," jelas beliau.

Meskipun sesebuah syarikat sudah melaksanakan beberapa langkah bagi pekerja mereka bekerja dari rumah, MOM akan meneroka sama ada lebih banyak lagi boleh dilakukan, katanya.

Namun jika sesebuah syarikat langsung tidak mengambil garis panduan kerja dari rumah secara serius, MOM "tiada pilihan" kecuali mengambil tindakan terhadap mereka, katanya.

Cik Teo menambah: "Saya ingin menekankan ini: Majikan harus membenarkan pekerja anda bekerja dari rumah seman mungkin. Ia merangkumi semua tempat kerja tanpa mengira saiz dan ia sepatutnya untuk sepanjang masa dan sepanjang hari, dan bukan sekadar beberapa kali dan beberapa hari. "

Bagi syarikat-syarikat di mana tidak mungkin bagi pekerja untuk bekerja dari rumah, seperti dalam sektor pengilangan, Cik Teo berkata selain memastikan langkah-langkah jarak selamat antara kakitangan dan pelanggan, mereka juga perlu berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah jarak selamat di tempat kerja seperti masa ketibaan dan pulang pekerja yang berbeza.

Sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp, Divisyen Perkhidmatan Awam mengatakan lebih 95 peratus agensi awam dapat melaksanakan kerja dari rumah kakitangan mereka selewat-lewatnya minggu ini.

Menteri Kesihatan dan pengerusi bersama pasukan bertindak, Encik Gan Kim Yong menambah bahawa majikan harus memahami bahawa langkah-langkah ini akan membantu mereka juga.

"Hukuman dan denda sahaja tidak akan menyekat jangkitan. Kuncinya ialah kita mahu majikan bersama bantu kami menyokong strategi kerja dari rumah,"katanya.

"Dengan cara ini kita dapat memastikan pekerja selamat dan syarikat kekal beroperasi."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan