COVID-19: Masagos prihatin penduduk mungkin mula leka
Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli memberi amaran penduduk Singapura mungkin sudah mula leka dengan COVID-19, ketika mereka seharusnya terus berjaga-jaga.

Orang ramai yang dilihat berada di Taman East Coast semasa Fasa 2 pasca 'circuit breaker'. (Gambar: NParks)
SINGAPURA: Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli memberi amaran penduduk Singapura mungkin sudah mula leka dengan COVID-19, ketika mereka seharusnya terus berjaga-jaga.
Jelas Encik Masagos dalam catatannya di Facebook, Taman East Coast dan Sentosa amat sesak pada hujung minggu dan sesetengah penduduk yang ditemui duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasaan katanya, "banyak" berhimpun dalam kumpulan lebih 10 orang.
"Sebilangan besar" daripada mereka juga tambah Encik Masagos tidak memakai pelitup meskipun diberitahu untuk berbuat demikian.

(Gambar: NParks)
"Ramai daripada kita gemar bersembang dengan teman dan keluarga. Kita merindui masa sebelumnya di mana kita bebas untuk berbuat demikian.
"Namun, kita masih lagi di tengah-tengah perang panjang untuk melawan pandemik COVID-19. Kita harus terus ingat dan kekal berwaspada. Ini amat penting, bagi kita untuk melindungi satu sama lain," tegas Encik Masagos.
Tambahnya lagi, sejak awal bulan ini Lembaga Taman Negara (NParks) mengasingkan ruang popular di tepian pantai East Coast dan menutup sementara beberapa bahagian tertentu apabila pantai itu menjadi terlalu sesak.
Langkah-langkah penguatkuasaan tekannya akan dipertingkat dan Encik Masagos
mengingatkan penduduk agar terus menjalankan tanggungjawabsosial mereka dan amalkan jarak selamat.
“COVID-19 kekal satu ancaman kepada kita dan kita harus terus mengamalkan tanggungjawab sosial.
"Saya harap setiap orang bekerjasama untuk terus mengamalkan jarak selamat sewaktu Fasa 2 ini. Duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasaan akan terus menasihatkan orang awam agar mematuhi langkah-langkah ini. Mereka tidak teragak-agak untuk mengeluarkan saman jika ada yang melanggar peraturan COVID-19,” ujar Encik Masagos lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.