Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Lesen makanan bekas pengendali tempat hiburan malam ditarik balik jika langgar pengurusan selamat

10 premis F&B ditutup, lagi 20 cawangan F&B didenda sepanjang minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Lesen makanan bekas pengendali tempat hiburan malam ditarik balik jika langgar pengurusan selamat

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 14 May 2021 05:58PM Dikemas Kini : 14 May 2021 06:14PM

SINGAPURA: Singapura meningkatkan lagi langkah-langkah penguatkuasaan pengurusan selamat COVID-19 bagi memastikan pengendali tempat hiburan patuh peraturan yang dilaksanakan.

Lesen makanan bekas pengendali tempat hiburan malam dalam industri F&B akan ditarik balik, berkuat kuasa bulan ini jika mereka sengaja melanggar langkah pengurusan selamat COVID-19.

Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA).

Sepanjang minggu lalu pihak berkuasa mengarahkan 10 premis F&B ditutup, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada Jumaat (14 Mei).

Enam daripadanya adalah bekas tempat hiburan malam yang sudah beralih ke industri F&B.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan termasuk membenarkan ramai orang bergaul dalam kumpulan yang besar, berkaraoke dan menari.

Para pengendali yang lesen mereka ditarik balik mesti menghentikan semua operasi sehingga sektor hiburan malam dibenarkan disambung semula atau sehingga permohonan semula bagi lesen baru makanan sudah diluluskan.

Di bawah langkah-langkah yang dipertingkat itu,perniagaan hiburan malam yang merancang beralih ke operasi F&B kini mesti membuat permohonan bagi Ubah Kegunaan dengan Penguasa Pembangunan Semula Bandar.

Menurut MSE, 406 pengendali tempat hiburan sudah menerima lesen SFA untuk menjalankan operasi sedemikian.

Namun, beberapa perniagaan terus mengendalikan kegiatan hiburan malam yang sekarang ini dilarang dan melanggar langkah-langkah pengurusan selamat.

Ini termasuk gagal mencegah kumpulan besar daripada bergaul, menggajikan pelayan dan membenarkan hiburan secara 'live' serta permainan dijalankan.

Pihak berkuasa mungkin juga boleh menarik balik Lesen Hiburan Awam atau Lesen Minuman Keras.

Baki empat lagi F&B yang diarah tutup termasuk The Malayan Council di Bussorah Street, yang gagal memastikan jarak selamat 1 meter antara pelanggan di restoran itu pada 2 Mei. Ia merupakan kesalahan ketiga restoran tersebut dan ia diarah ditutup selama 10 hari dari 8 Mei.

Lagi 20 cawangan F&B juga sudah didenda antara S$1,000 dengan S$2,000.   

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan