Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Lelaki dijel, didenda anjur perjumpaan beramai-ramai

Joel Ang Yun Nan mengaku bersalah atas dua tuduhan masing-masing bagi berkumpul melebihi jumlah had dibenarkan dan menyediakan hiburan awam tanpa lesen.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Lelaki dijel, didenda anjur perjumpaan beramai-ramai

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 24 Aug 2021 10:20PM Dikemas Kini : 24 Aug 2021 10:22PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan didenda lebih S$15,000 pada Isnin (23 Ogos) kerana melanggar sekatan COVID-19 dengan menganjurkan perjumpaan sosial besar-besaran termasuk pesta ulang tahun yang dihadiri 40 orang.

Joel Ang Yun Nan mengaku bersalah atas dua tuduhan masing-masing bagi berkumpul melebihi jumlah had dibenarkan dan menyediakan hiburan awam tanpa lesen.

Tiga tuduhan serupa yang lain, termasuk membekalkan minuman keras tanpa lesen, dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Ang dihukum penjara dua minggu dan didenda S$15,500. Dia harus menjalani dua bulan lagi penjara jika tidak dapat membayar denda.

Ang ditangkap kerana menganjurkan dua pesta di sebuah bangunan industri sepanjang dua hujung minggu. Dia melanggar sekatan COVID-19 sekali lagi dengan menganjurkan perjumpaan besar-besaran beberapa bulan kemudian.

ANJUR PESTA ULANG TAHUN LIBATKAN 40 ORANG

Ang menganjurkan pesta pertamanya pada 8 Januari sempena ulang tahunnya dengan dihadiri 40 tetamu. Ketika itu, Singapura berada di Fasa 3 pembukaan semula, dengan perjumpaan sosial sehingga lapan orang dibenarkan dari 28 Disember 2020.

Mahkamah diberitahu bahawa Ang dan seorang lelaki lain, Kenneth Chua Wei Lun, memutuskan pada bulan Disember tahun lalu untuk mengadakan pesta di sebuah unit di Midview City di Sin Ming.

Unit itu disewa oleh Music Production Studio, yang mana Ang adalah wakil yang diberi kuasa.

Secara bersama, Ang dan Chua memutuskan peralatan bunyi yang dibeli bagi unit tersebut. Mereka juga bersetuju untuk membahagikan keuntungan hasil penjualan minuman keras di sana. Chua membiayai perniagaan itu sementara Ang mengendalikan operasi hariannya.

Ang tidak mengenakan bayaran masuk kepada pelanggan tetapi menjual minuman keras. Pelanggan akan membayar secara tunai atau melalui sistem pembayaran elektronik DBS Paynow.

Ang mengiklankan perniagaan tersebut dengan mengirim pesanan kepada teman-temannya, yang kemudian menyebarkannya di sosial media masing-masing.

Chua didenda S$15,000 pada Mei lalu.

Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan