Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Lelaki didenda S$15,500, anjur bersama pesta hari jadi dan perjumpaan beramai-ramai

Setelah mengubah unit di sebuah bangunan perusahaan menjadi tempat hiburan, Kenneth Chua Wei Lun selanjutnya melanggar undang-undang jarak selamat COVID-19 dengan menganjurkan bersama dua pesta besar-besaran di unit itu pada dua hujung minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Lelaki didenda S$15,500, anjur bersama pesta hari jadi dan perjumpaan beramai-ramai

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 26 May 2021 05:27PM Dikemas Kini : 26 May 2021 05:31PM

SINGAPURA: Setelah mengubah unit di sebuah bangunan perusahaan menjadi tempat hiburan, Kenneth Chua Wei Lun selanjutnya melanggar undang-undang jarak selamat COVID-19 dengan menganjurkan bersama dua pesta besar-besaran di unit itu pada dua hujung minggu.

Polis menyerbu tempat itu di bangunan Midview City pada 8 Jan, dan mendapati 40 orang sedang minum arak, merokok dan menyanyi.

Pada minggu berikutnya, di unit yang sama di Sin Ming Lane, mereka menemui 13 orang di sana.

Pada Selasa (25 Mei), Chua, 32 tahun, didenda S$15,500 di sebuah mahkamah daerah. Dokumen mahkamah tidak menyatakan pekerjaannya.

Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan menyediakan hiburan awam tanpa lesen atau pengecualian yang sah, serta tuduhan ketiga melebihi jumlah kumpulan maksimum yang dibenarkan bagi perhimpunan sosial.

Ketika kesalahannya pada Januari lalu, hanya lapan orang dibenarkan berkumpul di tempat awam bagi tujuan sosial di bawah Fasa 3 pembukaan semula Singapura.

Hakim Daerah Toh Han Li mengambil tiga tuduhan lain lain dalam pertimbangan, termasuk membekalkan minuman keras tanpa lesen yang sah, dalam menjatuhkan hukuman ke atas Chua.

Denda itu merangkumi S$8,000 kerana melanggar peraturan COVID-19. Ia dipercayai salah satu denda paling berat yang dikenakan ke atas seseorang individu. Lagi S$3,500 dan S$4,000 yang dikenakan adalah kerana melanggar hiburan awam.

Mahkamah diberitahu bahawa Chua dan seorang lelaki lain, Joel Ang Yun Nan, memutuskan pada Disember tahun lalu untuk mengadakan pesta di kawasan perindustrian. Unit itu disewa oleh Music Production Studio, yang mana Ang adalah wakil yang diberi kuasa.

Ang juga dijangka mengaku bersalah pada Selasa tetapi kesnya ditangguhkan kerana dia menghadapi lebih banyak tuduhan.

Selain Chua, seorang wanita 20 tahun yang menghadiri pesta itu didenda S$2,000. Baki tetamu di pesta itu sudah didakwa di mahkamah namun masih belum dibicarakan.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa pelanggaran peraturan COVID-19 itu bukan yang pertama dilakukan Chua.

Pada 11 April tahun lalu, semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19, dia berjumpa dengan tiga lagi orang untuk berbual-bual di sebuah flat di Boon Lay.

Mereka yang sabit kesalahan melanggar undang-undang COVID-19 boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya.

Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda sehingga S$20,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan menyediakan hiburan awam tanpa lesen, dia boleh didenda sehingga S$20,000.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan