Skip to main content

Singapura

COVID-19: Kes pertama dilaporkan dalam kelompok mungkin bukan punca jangkitan

Pihak berkuasa kesihatan masih menyiasat bagaimana kelompok jangkitan COVID-19 yang muncul baru-baru ini bermula, dengan yang terbesar adalah 40 kes di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) setakat Rabu (5 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Kes pertama dilaporkan dalam kelompok mungkin bukan punca jangkitan

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 06 May 2021 12:03AM

SINGAPURA: Pihak berkuasa kesihatan masih menyiasat bagaimana kelompok jangkitan COVID-19 yang muncul baru-baru ini bermula, dengan yang terbesar adalah 40 kes di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) setakat Rabu (5 Mei).

Di satu taklimat minggu lalu oleh pasukan bertindak COVID-19 Pemerintah, pasukan itu ditanya bagaimana kelompok di hospital itu bermula.

Dalam jawapannya, Profesor Madya Kenneth Mak, pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) berkata tiada jawapan jelas sejauh ini memandangkan siasatan masih dijalankan.

Proses mengenal pasti kes indeks, atau kes pertama yang dapat dikenal pasti daripada kumpulan kes-kes penyakit berjangkit yang berkaitan, adalah proses rumit yang boleh memakan masa selama berminggu-minggu, menurut para pakar penyakit berjangkit kepada Mediacorp.

Meskipun setelah ia selesai dijalankan, mereka menambah bahawa dapatannya masih tidak muktamad setelah kesemua wadah digunakan, kerana kaedah-kaedah digunakan untuk menjejaki kes indeks tidak dijamin sepenuhnya.

Berikut adalah antara soalan-soalan lazim berhubung pencarian punca asal jangkitan:

MENGAPA PENTING KENAL PASTI KES INDEKS?

Indeks kes atau 'pesakit 0' adalah individu pertama yang diketahui atau dipercayai menyebarkan wabak ke sesuatu tempat.

Pakar penyakit berjangkit yang ditemui Mediacorp bersetuju bahawa ia adalah penting untuk mengenal pasti kes indeks sesuatu penularan kerana dengan menentukan punca jangkitan, ia akan membantu pihak berkuasa untuk menentukan apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung penularan jangkitan dalam kelompok dan di tempat-tempat lain.

Penolong profesor di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Vincent Pang, berkata mengenal pasti punca jangkitan boleh lebih membantu dalam memahami dengan lebih baik kemungkinan kelemahan pada langkah dan protokol yang mungkin mencetuskan kelompok jangkitan di sekitaran tertentu.

Ini supaya dasar dan amalan boleh diperkukuhkan lagi bagi mencegah penularan daripada berlaku di masa depan.

Semasa taklimat pasukan bertindak pada Selasa (4 Mei), Profesor Madya Mak berkata siasatan awal terhadap apa yang mencetuskan kelompok COVID-19 di TTSH menunjukkan bahawa tiada kelemahan khusus dalam proses dan protokol kakitangan hospital.

Namun, pihak berkuasa sedang mempertimbangkan hipotesis seperti isu-isu pada aliran udara dan pengudaraan di sebuah wad tertentu di hospital itu, memandangkan kes-kes jangkitan tertumpu di sekitar Wad 9D, katanya.

KES PERTAMA DIKESAN MUNGKIN BUKAN 'PESAKIT SIFAR'

Memberi kemas kini berhubung kelompok jangkitan di TTSH pada minggu lalu, Profesor Madya berkata jururawat yang dilaporkan sebagai kes pertama "mungkin bukan pesakit asal yang dijangkiti, atau pun punca pesakit dan kakitangan lain dijangkiti".

Menjelaskan mengapa kes pertama yang dikesan dalam satu penularan tidak semestinya adalah pesakit sifar, Dr Pang berkata pesakit asal yang membawa penyakit itu mungkin sudah pulih dan tidak lagi meluputkan cebisan virus.

Justeru, beliau tidak akan dikesan apabila usaha ujian swab besar-besaran dijalankan bila kes pertama dikesan.

Dr Pang turut menekankan bahawa kes indeks mungkin seseorang yang tidak tinggal atau bekerja di sekitaran kelompok tertentu, justeru tidak terlibat dalam mana-mana program pemantauan wajib untuk mengesan sebarang kes.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita