Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Kakitangan perubatan SAF dikerah ke kemudahan pengasingan di Singapore Expo

Kira-kira 100 kakitangan perubatan dari Kor Perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mula menjalankan tugas mereka di kemudahan pengasingan masyarakat di Singapore Expo dan MAX Atria.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Kakitangan perubatan SAF dikerah ke kemudahan pengasingan di Singapore Expo

(Gambar: Mindef)

Diterbitkan : 22 Apr 2020 10:14PM Dikemas Kini : 22 Apr 2020 10:23PM

SINGAPURA: Kira-kira 100 kakitangan perubatan dari Kor Perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mula menjalankan tugas mereka di kemudahan pengasingan masyarakat di Singapore Expo dan MAX Atria.

Mereka akan menjaga sekitar 1,800 pesakit COVID-19 di kemudahan tersebut, dan membantu pekerja jagaan kesihatan dari Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menyediakan khidmat jagaan dan pemantauan asas, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dalam satu catatan Facebook pada Rabu (22 Apr).

Kemudahan pengasingan masyarakat yang baru itu mula beroperasi awal bulan ini, di tengah-tengah peningkatan kes COVID-19 di Singapura.

Ia bertujuan menempatkan dua jenis pesakit - mereka yang sebelum ini berada di hospital tetapi sudah hampir pulih, dan juga pesakit "awal" yang disahkan menghidap COVID-19 tetapi rata-rata sihat.

Sebilangan kumpulan kedua itu akan dibawa terus ke kemudahan rawatan masyarakat - seperti Singapore Expo - tanpa perlu pergi ke hospital terlebih dahulu.

Selain kemudahan pengasingan masyarakat, pegawai perubatan SAF juga dikerahkan ke beberapa dormitori pekerja asing.

Dr Ng pada awal bulan ini berkata bahawa angkatan bersenjata akan menyumbang lebih besar kepada usaha negara melawan COVID-19 "jika ada keperluan untuk melakukan lebih lagi". SAF katanya akan meninjau apa lagi yang dapat disumbangkannya.

Setakat Rabu, jumlah kes jangkitan COVID-19 di Singapura sudah mencecah 10,141 kes. 11 orang meninggal dunia setakat ini akibat komplikasi yang berkaitan dengan penyakit tersebut.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa