COVID-19: Kaedah hantar makanan tanpa bersentuhan jadi pilihan, diwajibkan
Pekerja penghantar makanan mengambil langkah berjaga-jaga tambahan selain langkah-langkah yang dikuat kuasakan majikan mereka.

(Gambar fail: TODAY dan Reuters)
SINGAPURA: Pekerja penghantar makanan mengambil langkah berjaga-jaga tambahan selain langkah-langkah yang dikuat kuasakan majikan mereka.
Lapan pekerja penghantar makanan disahkan positif COVID-19 dalam tempoh kurang seminggu ini.
Susulan perkembangan itu, ramai pekerja menyatakan mereka bimbang akan terdedah kepada virus tersebut walaupun mereka mematuhi langkah-langkah jaga jarak selamat yang lebih ketat.
Kebanyakan platform penghantaran makanan menjadikan kaedah menghantar makanan tanpa perlu bersentuhan sebagai pilihan utama atau diwajibkan.
McDonald's dan KFC meletakkan pesanan makanan di meja yang berasingan.
Deliveroo dan Grab pula mengingatkan pekerjanya supaya menjaga jarak selamat semasa menunggu untuk mengambil makanan yang dipesan.
Bagi Encik Shamsun, beliau memastikan tangannya dibersihkan dengan cecair pembasmi kuman selepas setiap penghantaran.
"Ya, ia sekadar beg plastik dan makanan,tetapi kita tidak tahu, jadi kita berhati-hati," katanya.
Selain isu keselamatan, para pekerja penghantar makanan juga mendapati sukar untuk mencari tempat berehat atau makan di tengah-tengah sekatan COVID-19 yang lebih ketat.
Pergerakan buruh NTUC sedang bekerjasama dengan rakan-rakan masyarakat untuk menangani perkara itu.
Sejauh ini, ia sudah mengenal pasti 50 tempat untuk pekerja tersebut berehat atau makan.
Usaha sedemikian sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan mental yang dihadapi para pekerja penghantar makanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.