Skip to main content

Singapura

COVID-19: Jumlah pendaftaran pejabat di rumah naik hampir 25% pada 2020

Lebih ramai penduduk di sini memulakan perniagaan dari rumah sedang pandemik COVID-19 menjejas pasaran pekerjaan dan ekonomi tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Feb 2021 07:29PM Dikemas Kini : 12 Feb 2021 09:52PM

SINGAPURA: Lebih ramai penduduk di sini memulakan perniagaan dari rumah sedang pandemik COVID-19 menjejas pasaran pekerjaan dan ekonomi tempatan.

Lebih 4,000 pejabat rumah didaftarkan tahun lalu, naik hampir 25 peratus berbanding 2019.

Fateh Enterprise adalah antara perniagaan yang didaftarkan sebagai pejabat rumah dengan HDB atau Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada tahun lalu.

Cik Indrayanti Abdul Muin merupakan pengasas bersama Fateh Enterprise, yang menjual madu dan produk-produk Islam dalam talian.

Beliau berhenti kerja untuk memulakan perniagaan dari rumah pada Julai lalu.

Sekitar 75 peratus pejabat rumah didaftarkan adalah di flat HDB di mana para pelanggan tidak dibenarkan masuk.

Malah, perniagaan yang ada kedai runcit fizikal juga sedang menimbangkan langkah berpindah ke pejabat rumah disebabkan pandemik COVID-19.

Menurut seorang pakar, walaupun perniagaan dari rumah membawa cabaran tersendiri, selagi ia menjimatkan kos dan tahap penerimaan lebih tinggi, perniagaan dari rumah akan tetap mendapat sambutan. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita