COVID-19: Hampir 1,000 penjaja, pegerai dan pekerja penghantaran akan diuji pada hujung minggu
Sekitar 980 penjaja dan penyewa gerai di kedai kopi Marine Parade serta pekerja penghantaran makan dijangka menjalani ujian COVID-19 secara percuma pada hujung minggu ini.
Pekerja jagaan kesihatan mengambil sampel ujian hidung bagi COVID-19 daripada seorang pekerja asing di dormitori pekerja asing di Singapura pada 27 Apr 2020. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Sekitar 980 penjaja dan penyewa gerai di kedai kopi Marine Parade serta pekerja penghantaran makan dijangka menjalani ujian COVID-19 secara percuma pada hujung minggu ini.
Langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan pemerintah untuk meluaskan ujian virus itu dalam kalangan kumpulan masyarakat tersebut disebabkan interaksi kerap mereka bersama orang ramai.
Menurut pihak berkuasa, Marine Parade dipilih bagi ujian rintis itu kerana banyaknya pusat penjaja dan kedai kopi di kawasan itu.
Mereka yang layak menjalani ujian itu termasuk pegerai di tiga pusat penjaja dan tujuh kedai kopi, selain pekerja penghantaran makanan Deliveroo, Foodpanda, Grabfood dan McDonald's.
Seluruh proses swab akan mengambil masa antara 10 hingga 15 minit dan keputusannyaakan diketahui dalam masa dua hingga tiga hari.
Hanya mereka yang diuji positif akan dihubungi.
Mereka boleh terus menjalankan perniagaan dan tugas masing-masing sementara menantikan keputusan ujian.
Meskipun ujian tersebut tidak diwajibkan, ramai pegerai menyokong inisiatif tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.