Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19 galak lebih perkongsian antara pemerintah dengan penyedia jagaan kesihatan privet

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata antara pengalaman yang ditimba daripada pandemik COVID-19 adalah perkongsian lebih baik antara pemerintah dengan penyedia jagaan kesihatan privet demi memastikan kesihatan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jun 2022 07:31PM Dikemas Kini : 14 Jun 2022 11:28PM
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata antara pengalaman yang ditimba daripada pandemik COVID-19 adalah perkongsian lebih baik antara pemerintah dengan penyedia jagaan kesihatan privet demi memastikan kesihatan masyarakat.

Beliau berkata demikian di Forum Perniagaan Indonesia-Singapura.

Menurut beliau, satu cara utama melakukannya adalah menerusi data dan teknologi maklumat.

Encik Ong berkata: "Kami dalam proses mengadakan satu sistem jagaan kesihatan kebangsaan, sistem IT yang dipanggil NEHR - Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan.

"Semua penyedia jagaan kesihatan privet dan awam akan menyertainya dan menggunakan sistem itu. Pada masa depan ia mungkin diwajibkan.

"Anda boleh menyumbang data pesakit ke dalam sistem itu. Tapi anda juga mengakses semua data pesakit, bermakna sebagai pesakit, walau di mana anda pergi, ada rekod anda.

"Anda tidak perlu mengulangi sejarah perubatan anda berkali-kali. Anda boleh berasa yakin jika anda pergi dari satu doktor ke doktor lain, beliau tahu sejarah perubatan anda."

Menteri Kesihatan Indonesia pula menambah teknologi sedemikian adalah satu ciri penting pembaharuan besar sistem jagaan kesihatan di negaranya.

Ia merupakan peta hala tuju dua tahun yang dibina berdasarkan iktibar-iktibar yang dipelajari semasa COVID-19.

Ia termasuklah kerjasama dengan penyedia teleperubatan bagi memenuhi permintaan pesakit.
Sumber : CNA/DY/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa