Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: 6 universiti autonomi tidak naikkan yuran tahun akademik 2020 bagi penuntut baru tempatan

Kesemua enam universiti autonomi di sini tidak akan menaikkan yuran tuisyen bagi rakyat Singapura yang akan memulakan pengajian mereka pada tahun akademik 2020.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kesemua enam universiti autonomi di sini tidak akan menaikkan yuran tuisyen bagi rakyat Singapura yang akan memulakan pengajian mereka pada tahun akademik 2020.

Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan pada Rabu (1 Apr).

Universiti-universiti autonomi itu adalah Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS).

Ini bermakna, semua rakyat Singapura yang berdaftar di bawah program sarjana muda yang menerima subsidi pemerintah dan memulakan pengajian mereka pada tahun akademik 2020, akan membayar yuran yang sama seperti yang ditetapkan untuk tahun 2019 selama pengajian mereka.

Untuk baki tempoh pengajian mereka, MOE dan semua universiti berkenaan akan menyemak semula yuran tuisyen mereka sebelum bermulanya tahun akademik baru 2021.

Bagi penuntut pos-siswazah sedia ada, kenaikan yuran yang diumumkan sebelum ini bagi 2020 akan ditunda dan mereka akan terus membayar yuran yang sama seperti ditetapkan pada 2019, kata MOE.

Menurut MOE, langkah ini diambil untuk memastikan kos pendidikan untuk pengajian tinggi terus dimampui, lebih-lebih lagi pada masa sukar sekarang.

Universiti-universiti autonomi di sini juga akan mempertingkatkan lagi usaha masing-masing untuk membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan.

Dalam usaha membantu warga Singapura lebih-lebih lagi golongan pelajar dan ibu bapa mereka mengharungi masa sukar ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat juga mengumumkan dalam Belanjawan Berdaya Tahan akan menggantungan bayaran balik pinjaman dan faedah skim pinjaman pemerintah untuk semua graduan universiti autonomi dan politeknik untuk membantu warga Singapura selama setahun.  

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan