Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: 3 lagi kematian, 3,577 jangkitan baru di S'pura

Singapura melaporkan lebih 3,000 kes COVID-19 baru buat hari kedua berturut-turut pada Rabu (6 Okt), dengan tiga kematian akibat komplikasi disebabkan oleh koronavirus itu.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: 3 lagi kematian, 3,577 jangkitan baru di S'pura

Suasana di luar Hab Sukan Singapura pada 22 Jul 2021. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 12:03AM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 12:17AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan lebih 3,000 kes COVID-19 baru buat hari kedua berturut-turut pada Rabu (6 Okt), dengan tiga kematian akibat komplikasi disebabkan oleh koronavirus itu.

Kematian tersebut melibatkan tiga wanita Singapura berusia antara 68 dengan 102 tahun. Kesemuanya belum divaksin terhadap COVID-19 dan mempunyai pelbagai penyakit sedia ada.

Ini menjadikan angka kematian Singapura akibat virus itu kepada 133.

Sebanyak 3,577 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi, peningkatan daripada 3,486 jangkitan pada Selasa.

Antara kes-kes baru, 3,562 merupakan penularan tempatan, merangkumi 2,932 kes dalam masyarakat dan 630 di dormitori pekerja hijrahan.

Sebanyak 15 kes diimport, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya yang dikongsi kepada media kira-kira pukul 11.30 malam.

Setakat Rabu, Singapura melaporkan 113,381 kes COVID-19 sejak bermulanya pandemik ini.

PESAKIT DI HOSPITAL

Seramai 1,520 pesakit kini ditempatkan di hospital, kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan baik dan sedang dipantau, menurut MOH.

Terdapat 255 pesakit yang memerlukan sokongan oksigen dan 37 di unit jagaan intensif (ICU). Daripada kalangan mereka yang sakit teruk, 239 berusia lebih 60 tahun.

Sepanjang 28 hari lalu, terdapat 591 kes yang memerlukan bantuan oksigen dan 58 yang berada di ICU. Daripada kalangan ini, 50.5 peratus sudah lengkap divaksin manakala 49.5 belum divaksin atau belum lengkap divaksin.

KELOMPOK AKTIF

MOH menyatakan pihaknya sedang "memantau rapi" lapan kelompok jangkitan aktif. Tiada kelompok baru ditambah kepada senarai tersebut.

Sebanyak 23 kes baru dikaitkan dengan kelompok di rumah jagaan MWS Christalite Methodist, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di sana 76.

(Sumber: MOH)

(Sumber: MOH)

Terdapat empat dormitori pekerja hijrahan dalam senarai kelompok: Dormitori ASPRI-Westlite Papan, Dormitori Tampines, Jurong Penjuru Dormitory 1 dan Dormitori 9 Defu South Street 1.

Kelompok jangkitan di Learning Vision @ Changi Airport, Pusat Jagaan Harian Man Fatt Lam Elderly Joy dan Pasar Borong Pasir Panjang masing-masing ditambah satu kes.  

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan